Great Articles

Jalan-jalan cari makan memang menyeronokkan. Apatah lagi dapat peluang melihat negeri orang, memang best. Kenangan dok Australia masa umur 11 tahun dulu terkesan sampai ke hari ini. Hinggakan last week dapat berhubung dengan telefon dengan cikgu yang mengajar sherrina masa skolah di Canberra dulu. Cikgu tu datang ke Malaysia dipelawa oleh MELTA, organisasi pendidikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk membentangkan kertas kerja. Sayang sekali tak dapat ke Terengganu untuk jumpa dengan beliau, dapat bercakap di telefon sahaja. Harap-harap dapat jumpa tahun depan sebab katanya tahun depan Malaysia jadi tuan rumah untuk persidangan antabangsa mengenai pendidikan.

Berbalik kepada cerita travel, ada ketika sherrina rasa lebih rela membaca sahaja cerita dan pengalaman orang-orang yang rajin travel daripada pegi dan rasainya sendiri kerana ada pengalaman2 yang ngeri dan mencemaskan. Macam dalam artikel Travel di The Star hari ini:


Click to enlarge.

Pengalaman oleh penulis tersebut di Mexico err…sememangnya ngeri. Bagai telur di hujung tanduk. Kalau camtu, rela baca ajelah cerita pengalaman daripada pergi sendiri dan mengalaminya….ngeeee…..


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *