Mar 15

Idea Hantaran / Idea Hadiah: Bunga Coklat

Coklat

Pernahkah anda mengalami masalah sebegini atau mendengar rakan sekeliling anda merungut sebegini:

“Aduh….hantaran 9 dulang ni dah tak tahu nak isi apa. Ada idea sampai 8 dulang aje.

Dulang ke-9 ni nak isi apa ye?”

“Alamak….esok hari jadi isteriku. Tahun lepas sudah beri hadiah beg tangan.

Tahun ini nak surprise apa pula?”

 

Jika biasanya anda memberikan sejambak bunga segar yang akan layu selepas beberapa hari, apa kata anda hadiahkan bunga coklat. Bukan sahaja ia cantik, tetapi juga sedap untuk dimakan bersama-sama. Tak percaya? Lihat foto dibawah ini:

bunga <i>coklat</i> hadiah hantaran

 

idea hadiah hantaran 

bunga coklat hadiah hantaran

Sejambak Bunga Coklat berharga RM100 untuk 50 kuntum coklat bunga ros

  Sudah lega kerana mendapat idea bagi hantaran atau hadiah untuk insan teristimewa? Bagus :)

Bagaimana pula jika hendak diberi kepada tetamu? Misalnya di majlis hari jadi ataudi  majlis perkahwinan? Jangan risau. Lolipop Coklat ini pasti akan menjadi kesukaan tetamu anda.

coklat lolipop

Minimum order 100 batang pada harga RM1.50 sebatang

 

coklat lolipop  Coklat Lolipop akan dipek dalam kotak khas sebelum dihantar kepada anda. Pasti tetamu anda akan terpesona dengan kepelbagaian warna dan bentuk coklat lolipop ini.

Mahu idea yang lebih unik lagi? Apa kata Chocolate Box Heart Shape ini. Dihiasi 3 kuntum bunga ros, pasti ia akan memukau mata yang melihatnya. Apatah lagi setelah merasanya.

chocolate box heart shape Cukuplah foto-foto yang membuatkan anda terliur ini. Bagaimana untuk menempahnya?

Tempahan perlu dibuat seawal 1 minggu bagi kuantiti dibawah 100 batang Coklat Lolipop atau sejambak Coklat Bunga. Untuk tempahan lebih banyak, perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal. Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempahan anda.

Untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut, hubungi Pn. Rozana di talian 0192081251

 

Coklat

Comments

comments

Mar 14

Women Clothing: Fabulous Living Store

Women Clothing

Fabulous Living Store

 

Fabulous Living Store offers a wide range of products of women clothing for women lifestyle – clothing lines, handbags and many more. Feel free to browse their website (http://www.fabulousliving.com.my) and see what they have to offer.

blouse and skirt

You can place your order via their website, or email to them at sales@fabulousliving.com.my / fabulouslivings@gmail.com.

women clothing

Take your time to explore their website as they continue adding more products for you. Your continuous support is invaluable to them. Should you have any questions, please do not hesitate to contact them via email or call / SMS 019 291 8655. Thank you. :)

Women Clothing

Comments

comments

Feb 18

Tun Fatimah si kucing buta

image

Ini Tun Fatimah. Ditemui dalam keadaan menyayat hati. Matanya berbonjol sebesar bola golf. Sebelah lagi sudah tiada. Diselamatkan oleh keluarga Pawfect Home Project. Dengan sumbangan orang ramai, mata Tun Fatimah dibedah dan dibuang. Kini ia buta tanpa mata. Namun ia sihat, cergas dan peka dengan persekitaran.

Sertai Pawfect Home Project di Facebook sekarang.

Comments

comments

Feb 09

Cat and Kittens For Adoption

Adoption

cat for <strong>adoption</strong> KITTEN1 KITTEN3 KITTEN4 To adopt, please go to https://www.facebook.com/PawfectHomeProject

Adoption

Comments

comments

Feb 09

Projek Iqra’ di Utusan Malaysia

projek iqra' di utusan malaysia2 projek iqra' di utusan malaysia3Jemput baca di SINI.

Comments

comments

Jan 13

KL112 – Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka

Himpunan Kebangkitan Rakyat

Untuk pertama kalinya Sherrina menghadiri perhimpunan sebegini setelah sekian lama meninggalkan alam berhimpun (perhimpunan sekolah, perhimpunan universiti dll). Walaupun ramai kawan-kawan lain pernah menghadiri pelbagai jenis perhimpunan seperti Perhimpunan Agung UMNO, Perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, ini adalah kali pertama Sherrina meluangkan masa menghadiri perhimpunan sebegini.

Ketika mula-mula ia sibuk diperkatakan di Facebook, Sherrina sendiri tak ambil tahu sangat sebab yang paling ditunggu-tunggu sekarang ini ialah PRU 13. Hari Sabtu sebetulnya hari yang sibuk buat Sherrina. Sepatutnya Sherrina sudah mula mengajar tuisyen di rumah pelajar seperti lazimnya Sabtu-Sabtu yang lalu tetapi ibu pelajar menghubungi minta kelas ditunda kerana ada kenduri. Kemudian, Sherrina atur semula jadual untuk hadiri sebuah seminar di UTMKL memandangkan kelas tuisyen tiada tapi entah mengapa lupa untuk daftar awal dan telefon urusetia pada hari Jumaat, seminar telah penuh.

Macam nak suruh juga ke perhimpunan KL112 HKR nampaknya. Maka sehari sebelum perhimpunan Sherrina pun buat keputusan nak pergi. Tapi, nak pergi dengan siapa? Geng terdekat takde yang nak pegi. Geng isteri orang memang takleh pergi. Last-last decide pergi ajelah walaupun sorang sebab baca susunatur program oleh urusetia KL112, nampak selamat. Tapi kawan-kawan yang pernah pergi beri ingatan supaya buat persediaan seperti bawa garam, air, tuala dll.

Read the rest of this entry »

Comments

comments

Jan 09

Adakah Anda Beriklan Produk Kesihatan Dengan Betul?

Iklan Ubatan

 

Sherrina terbaca perbincangan menarik ini di Group Persatuan Usahawan Internet Malaysia dan ingin kongsikan informasi ini dengan anda khususnya jika anda penjual produk kesihatan khususnya secara online. Info ini datang tepat pada masanya kerana Sherrina baru beli domain jomsihat.com.my dan baru bercadang nak iklankan produk kesihatan di web itu.

 

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENJUAL ONLINE & OFFLINE!

Saya baru sahaja selesai disoalsiasat oleh Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan di pejabat saya mengenai sebuah website jual produk kesihatan “buat tunjuk langit” yang di host di webhosting saya jomhosting.net

Owner web ni katanya dah di soatsiasat semalam dan web dah ditutup hari ini.

Kisahnya penjual ni isytiharkan produk dia dapat sembuhkan penyakit dari 20 jenis penyakit yang TAK DIBENARKAN diiklankan ubatnya.

Jadi dalam soatsiasat tersebut, hanya keterangan untuk maklumat sahaja dan bukan untuk tindakan apa2. Penguatkuasa tersebut cakap ramai penjual tidak tahu dan faham akta farmasi ni terutama untuk kebenaran keluar iklan ubat ni.

Jadi ini adalah IKLAN yang TAK BOLEH diiklankan di Malaysia atau anda mungkin menjadi mangsa soatsiasat selepas ini:

A. 20 jenis penyakit yang TAK BOLEH DIIKLANKAN;

1. Penyakit/kerosakan buah pinggang

2. Penyakit/kerosakan jantung

3. Kencing Manis

4. Sawan

5. Lumpuh

6. Batuk kering

7. Asma/lelah

8. Kusta

9. barah

10. pekak

11. ketagihan Dadah

12. hernia

13. Penyakit mata

14. Tekanan darah tinggi

15. Sakit mental

16. Kemandulan

17. Frigiditi

18. Lemah fungsi seks/impotent

19. Penyakit venerus

20. kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

B. Amalan kontrasepsi (pencegahan kehamilan)

C. Memperbaiki keadaan/fungsi buah pinggang dan jantung manusia

D. Memperbaiki fungsi/keupayaan seksual manusia

E. Pengguguran Anak

 

IKLAN untuk ubat, gajet, atau servis berkaitan penyakit di atas juga TIDAK DIBENARKAN.

atau detail di http://cornerstone.my/pharmacy_portal/aeimages//File/Medicine_Advertisement_Sale_Act_1956_Act_290.pdf

Berhati-hati dalam beriklan.

*Iklan di Facebook juga mereka sedang perhatikan. jadi berhati-hati ye..
**Minta share dengan rakan2 penjual lain untuk elakkan di soat siasat.

-Wan Mus-

Ini pula informasi yang dikongsi oleh Tuan Rahman Baco yang bekerja di bahagian Farmasi:

Untuk Iklan produk dan perkhidmatan rawatan penyakit-penyakit selain daripada A, B, C, D dan E yang disenaraikan oleh Tuan Wan Mus di atas, PERLU mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU).

Pengiklanan rawatan Penyakit-Penyakit di atas atau penyakit-penyakit lain tanpa kelulusan LIU adalah satu kesalahan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi 5 Ribu Ringgit atau Penjara Tidak Melebihi 2 Tahun.

Bila Fail Siasatan dibuka, semua yang terlibat akan diambil ‘keterangan’ termasuk pemilik hosting, pemilik laman web, individu atau syarikat yang mengiklan, pengarang iklan (copywriter), pereka grafik, pemberi testimoni dan sesiapa yang terlibat dalam proses penerbitan iklan tersebut.

Bila didakwa di mahkamah, dan pengiklan atau OKS (orang-kena-saman) tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Semua yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi.

Dalam kes pengiklanan syarikat Al-Jabbar. Syarikat dan Pengerusi Eksekutifnya (kerana muka & namanya ada di dalam Iklan tersebut) telah didakwa atas lebih 60 kes iklan (17 fail siasatan dibuka). Syarikat Al-Jabbar dan Pengerusinya masing-masing didenda sebanyak RM68,000.00 dan jumlahnya RM136,000.00

Untuk kes Produk Permata Hijrah, produk Permata Hijrah didaftarkan dengan KKM sebagai Produk Kosmetik. Produk Kosmetik hanya berfungsi untuk ‘mencantikkan’ dan digunakan di bahagian luar tubuh sahaja. Tidak boleh dititiskan ke dalam mata. Iklan Produk kosmetik tidak boleh ‘merawat’ penyakit. Penjualan Produk Permata Hijrah tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak dititiskan ke dalam mata dan tidak boleh dikatakan merawat penyakit mata.

Peraturan ini adalah untuk mengelakkan pengiklan mengambil kesempatan terhadap keprihatinan pengguna dan membantu orang ramai membuat keputusan yang rasional dalam membeli ubat.

Pastikan Pengiklanan Secara Bertanggungjawab.

Kepada rakan-rakan usahawan online, sila semak semula iklan-iklan anda. Pastikan anda tidak diheret sama kedalam masalah seperti ini.

Boleh dapatkan maklumat lanjut diwww.pharmacy.gov.my dan www.bpfk.gov.my

Iklan Ubatan

Comments

comments

Jan 07

Video YouTube Final Anugerah Juara Lagu Ke 27 ( AJL27 )

Ajl27

Video YouTube berkualiti tinggi rakaman Anugerah Juara Lagu TV3 yang ke 27 ( AJL27)

Black ft RJ- Teman Pengganti (final AJL 27) 2013 HD

Anugerah Juara Lagu 27 (Hafis & Adira) – Ombak Rindu

Anugerah Juara Lagu 27 (Jimmy Palikat & One Nation Emcee) – Anak Kampung

Anugerah Juara Lagu 27 (Shila Amzah) – Patah Seribu


Anugerah Juara Lagu 27 (Amy & Hazama) – Simetri


Anugerah Juara Lagu 27 (Bedroom Sanctuary) – Lagu


Anugerah Juara Lagu Ke-27: Aizat – Terukir di Bintang #AJL27


Anugerah Juara Lagu 27 (MOJO) – Andai Ku Bercinta Lagi

Ajl27

Comments

comments

Jan 03

M.MASHABI – UNTUK BUNGAMU

M.MASHABI

Terdengar lagu ini berkumandang di radio Sinar FM versi Allahyarham Datuk Ahmad Jais tapi dengan bantuan Google, rupanya penyanyi asalnya ialah M.Mashabi dari Indonesia.

 

jika bungamu kembang di dalam taman
ambilkan air lalu kau siramkan
jangan biarkan bungamu merana
merambat tanah sejadi-jadinya
di pijak orang sejadi-jadinya

jika bungaku mewangi restu
sunting lah segera dengan rasa mesra
jangan tunggu hingga bungamu layu
nanti di sunting si orang lalu
kecewa kalbu penuh cemburu

o… insan yang tiada merasa
betapa nikmat harumnya
tidak menghiraukan bunga

o… insan yang pandai menilai
akan keindahan warna aneka bunga

sungguh beruntung bunga yang dijaga
dipupuk dan di siramilah juga
oleh orang yang bijak dan mengerti
dijaga bunga sepenuh hati
dari godaan si kumbang janti
dari godaan si kumbang janti
dari godaan si kumbang janti


Ini pula versi Allahyarham Datuk Ahmad Jais

M.MASHABI

Comments

comments

Jan 03

Nassier Wahab – Bayangan Wajah Duka

Bayangan Wajah Duka

 

KU LIHAT SURIA PAGI
KU TERPANDANG WAJAHMU
SEDANG LEKA TERMENUNG
BAGAIKAN SEDANG BINGUNG
MEMIKIRKAN SESUATU
TAMPAK SEDIH DAN MURUNG..

 

DI CELAH SINAR BULAN
KAU TETAP KESEPIAN
AIRMATA BERLINANG
TAK MAMPU KU TAHANKAN
INGIN KU DEKATI MU
MALANGNYA ENGKAU JAUH

 

BILA AKU TERSEDAR
AKU DIAM SEBENTAR
SUKAR BUAT TAFSIRAN
APAKAH ERTI SEBENAR

GAMBARAN YANG MENGUSIK
TENTANG BAYANGAN WAJAH
YANG PENUH KESEDIHAN
PENUH PENDERITAAN

 

APALAH DAYA KU
KAU BUKANNYA MILIK KU
DIRIMU SEKARANG
DI TANGAN ORANG LAIN…

 

SETELAH KAU DAN AKU
BERPISAH TAK BERTEMU
AKU SUDAH LUPAKAN
IMPIAN DAN HARAPAN
TAPI MENGAPA KINI
WAJAHMU MUNCUL LAGI

Link MP3

Bayangan Wajah Duka

Comments

comments

Older posts «

» Newer posts