Netflix Review: LUPIN


Lupin adalah sebuah siri bahasa Perancis (ada subtitle) yang baru disiarkan di Netflix. Bahagian pertama siri ini menyediakan 5 episod dalam durasi hampir 1 jam bagi setiap episod. Ia mula disiarkan di Netflix pada 8 Januari 2021.
Ia mengisahkan seorang anak imigran dari Senegal bernama Assane Diop yang merupakan seorang pencuri yang pintar. Dia mendapat inspirasi daripada buku yang diberikan oleh ayahnya. Buku tersebut merupakan buku yang ditulis oleh penulis bernama Maurice Leblanc pada tahun 1905. Filem ini mengambil inspirasi daripada buku yang mengenengahkan watak bernama Arsene Lupin iaitu seorang pencuri yang ‘gentleman’


Ketika berumur 14 tahun, ayahnya dituduh mencuri rantai yang sangat berharga daripada peti simpanan majikannya iaitu Mr Pelligrini. Sebagai seorang yang miskin, berkulit hitam dan pendatang dari negara lain, pastilah sukar untuk dia melawan ketidakadilan dan tuduhan palsu yang dilemparkan. Dengan salahguna kuasa, bapa Assane dihumban ke penjara. Sebelum membunuh diri didalam sel penjara, bapanya menulis sepucuk surat yang memberi anaknya petanda bahawa dia tidak bersalah.
25 tahun kemudian, Arsanne ingin mendapatkan kepastian adakah benar ayahnya disabitkan dengan tuduhan palsu. Dengan kepintaran dan inspirasi yang diperolehi daripada membaca buku Arsene Lupin sejak di bangku sekolah, dia menyusun dan melancarkan strategi untuk mendapatkan jawapan yang dia cari. Mr Pelligrini masih berkuasa walaupun sudah tua. Dengan wang, pengaruh dan namanya yang disanjung tinggi di Perancis, dengan mudah beliau mematahkan cubaan Assane untuk menjatuhkannya.
Dapatkah dia membersihkan nama bapanya dan menjatuhkan Mr Pellgrini yang jahat itu? Tidak….tidak di siri pertama ini. Tetapi korang kena tonton juga untuk memahaminya supaya bila siri kedua tiba nanti, tidaklah korang terpinga-pinga.
Menarik siri Lupin ini, nama Kuala Lumpur dan Malaysia diangkat dan disebut dalam salah satu episodnya. Sorry Indonesia, kali ni korang tak boleh nak claim macam nasi kicap manis. Cumanya, nama Malaysia dikaitkan dengan terrorism dan menjadi mangsa penipuan. Hmmm…terrorism tu merapu lah tapi ditipu, tu memang selalu.

Jika anda suka menonton filem yang melibatkan tipu daya yang bijaksana, anda akan suka siri ini. Apatah lagi ia diarah oleh pengarah yang menghasilkan filem Now You Can See. Memanglah genius. Pelakon Omar Sy yang melakonkan watak Assane berjaya memainkan peranannya dengan sangat baik.


Siri yang sesuai ditonton seisi keluarga. Takde adegan seksual tetapi ada adegan gantung diri dan memaparkan mencuri itu cool. Mak ayah yang menonton bersama anak-anak kena bersedia untuk beri penerangan mengenainya.
Saya beri 5 bintang untuk siri Lupin ini. Tak sabar nak tunggu bahagian kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.