Review Filem: Dua Garis Biru

Filem Dua Garis Biru menjadi filem popular di Indonesia ketika ia mula ditayangkan pada pertengahan tahun 2019. Di Malaysia ni boleh tonton samada di iFlix atau di YouTube.


Filem ini mengisahkan dua orang pelajar sekolah menengah iaitu Bima dan Dara yang merupakan pasangan kekasih di sekolah dan akhirnya mereka terlanjur berzina di rumah Dara. Dara mengandung. Mereka merancang untuk gugurkan kandungan tetapi membatalkannya di saat akhir. Apabila kedua ibu bapa tahu mengenainya, boleh agak kot apa respon mereka. Dara dibuang sekolah untuk melindungi aibnya semasa hamil. Bima dibenarkan sekolah.


Menarik dalam filem ini ialah latar dua pemain utamanya. Dara pelajar pintar daripada keluarga berada yang moden. Bima pelajar corot daripada keluarga miskin yang kuat pegangan agama. Ini menunjukkan bahawa perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa pun. Orang kaya, orang miskin, orang pandai, orang bodoh, orang kuat beragama dan orang tak kuat beragama. Ia boleh sahaja menyusup dalam keluarga mereka.
Isu yang diangkat isu biasa dalam masyarakat hari ini. Tetapi ia dikupas dari sudut yang tak macam selalu kita tonton di tv jam 7 malam. Kalau mengandung anak luar nikah, kena halau dari rumah. Lalu merempat, kena hina cerca blablabla. Pusing pusing sama aje. Maka tak hairanlah masyarakat yang menontonnya juga mengulangnya di rumah bila ia berlaku pada anak mereka.


Filem ini memberitahu bahawa ya, dosa sudah dilakukan. Benda tak boleh nak gostan. Satu nyawa sudah duduk dalam badan. Sekarang, nak buat apa? Nak tambah dosa lagi dengan gugurkan aje atau sama-sama dua dua keluarga duduk dan fikir apa yang patut dibuat.
Filem ini mengingatkan saya kepada sekolah di negara mana yang ada silibus di sekolahnya dimana pelajar menjalani simulasi menjaga bayi, menjaga keluarga. Supaya mereka faham hubungan seks di awal umur ada konsikuensi nya dan bagaimana ia efek kepada masa depan mereka.


Tanpa ilmu yang cukup, barulah terpancar kebodohan misalnya tidak tahu yang garis biru itu maknanya bukan jantina bayi. Atau rupanya melahirkan anak ketika tubuh badan belum siap membesar sepenuhnya ada risiko yang boleh mengancam nyawa. Dalam filem ini, Dara terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim untuk selamatkan nyawanya.
Dalam masa berkurung di rumah ni bersama anak lelaki dan anak perempuan yang sudah cukup umur dan mula ber couple, elok sangatlah menonton filem ini sambil berbincang. Tiada adegan tidak senonoh dalam filem ini.


Saya fikir jika dari awal mereka faham kenapa Islam membataskan pergaulan dan sentuhan, hal ini mungkin dapat dielakkan.
Selepas selesai menonton, saya termenung dalam gelap dengan tangan di dahi. Mengingatkan wajah anak-anak murid yang sudah melangkah alam remaja dan dewasa sambil berfikir, siapa antara mereka yang berpotensi jadi begini. Apa yang aku boleh buat untuk bantu mereka sebelum terjebak begini.


Tontonlah. Mana tahu bermanfaat untuk anda juga.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *