Petang tadi lepas kelas Matematik, scroll Netflix yang mula dibanjiri cadangan-cadangan drama Korea. Netflix kan baca apa yang kita tonton dan AI nya akan mencadangkan genre yang sama kerana menyangka ia kesukaan kita. Ahhh….tidak semestinya!


Akhirnya terjumpa filem ini. Ya, sudah lama aku mencarinya hingga terlupa. Ada didalam Netflix rupanya. Nyaman. Dua pelakon kegemaran aku bergandingan lagi.
Ceritanya ringan dan santai sahaja. Mengangkat tema makanan Indonesia. Tenang dan tak perlu berfikir berat sangat. Tetapi seronok sebab macam dapat berjalan menjelajahi daerah-daerah di Indonesia sambil menikmati makanan tempatan yang kelihatannya enak banget. Wisata kuliner, kata mereka.


Penonton dibawa menelusuri bandar Surabaya, Pamekasan, Pontianak dan Singkawang sambil menikmati pelbagai masakan tempatan seperti Rawon, Campur Lorjuk, Peneleh, Soto Lamongan, Mi Kepiting, Choi Pan, Pengkang dan macam-macam lagi.


Sebenarnya ceritanya berkisah mengenai Aruna yang dihantar ke daerah-daerah tersebut untuk membuat kajian mengenai virus selsema burung. 2 orang kawannya iaitu Bono dan Nad ikut serta kerana rancangan asal mereka mahu wisata kuliner tetapi terpaksa diselit diantara jadual kerja Aruna. Farish, rakan sekerja lama Aruna ikut sama dalam pengembaraan ini kerana dihantar oleh syarikatnya untuk bekerjasama dengan Aruna.
Antara yang dicari oleh Aruna ialah nasi goreng Mbok Sawal yang berasal dari Pontianak. Mbok Sawal ialah pembantu rumah Aruna semasa dia kecil dahulu. Di hujung cerita adalah berjaya Aruna mencarinya? Tonton lah kalau nak tahu.


Penggemar makanan mungkin akan suka menonton filem ini. Saya sendiri ternyata enjoy mencuci mata saat melihat kuah panas dicedok dari periuk lalu dituang ke dalam mangkuk berisi ketulan ekor lembu panas mengewap. Kelihatan enak!


Lapar pula nih.


Terlupa! Di Netflix nama filemnya ialah Aruna & Her Palate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.