Macam tak percaya aku akan tulis ini tapi kena tulis juga. Mana tau lepas luahan perasaan ni membolehkan aku cepat sikit move on ๐Ÿ˜‚

Ini adalah review siri Crash Landing On You (CLOY) daripada perspektif orang yang tak ikuti siri drama atau filem Korea.

Sebagai seorang yang tak mengikuti hal-hal Korea Selatan dengan begitu rapat, aku tidaklah mengenali langsung sesiapa pun yang berlakon dalam drama ni. Terdetiknya nak menonton kerana melihat ranking siri CLOY ini di kedudukan no 1 agak lama di Netflix dan membaca sepintas lalu status update kawan-kawan penggemar siri Korea mengulas mengenainya.

Macam biasa aku memang senang curious bab bab ni. Apa ke best sangat cite CLOY ni sampai ranking no 1. Ada dua je cerita Korea yang aku pernah tonton iaitu Sky Castle dan The Parasite. Dua dua best giler! Like best nak mampus kot. Tapi kalau korang jenis suka tengok filem dan siri yang kena berfikir lah.

Anyway aku memulakan penjelajahan CLOY ni sekitar awal bulan ni kot. Aku ada kongsi di FB ni betapa slownya siri ini nak merangkak dari episod 1 ke episod 2. Tapi ada yang bagi semangat suruh teruskan sebab di episod ke 11 dan keatas ceritanya sudah rancak dan menarik.

Betul kata-kata anda itu. Aku mula enjoy cerita ini di episod 11 dan keatas ketika Kapten Ri sampai di Korea Selatan melalui terowong haram. Alang-alang dah kena berkurung ni, aku teruskan habis sampai episod terakhir. Berikut adalah beberapa perkara menarik aku suka mengenai CLOY:

  1. Budaya Korea Utara

Disebabkan negara ini mengamalkan dasar tertutup, tidak banyaklah cerita mengenainya diketahui umum. Melainkan kita rajin google semata nak baca atau cari di YouTube. Pembikinan babak di KU itu berdasarkan panduan dan nasihat diberikan oleh mereka-mereka yang dipanggil North Korean Defectors iaitu orang KU yang melarikan diri ke negara lain. Dalam hal ini, melarikan diri ke Korea Selatan. Babak suasana kampung, pakaian, tatacara hidup dll diceritakan oleh mereka ini yang kemudian dijadikan garapan dalam CLOY. Kesian pun ada tengok kehidupan kampung di NK yang tertinggal jauh daripada arus kemodenan. Yang kaya, berpangkat dan tinggal di bandar besar seperti Pyongyang nampak ok sikit.

  1. Jalan cerita yang unik

Atas faktor geo-politik antara negara Korea Utara dan Korea Selatan sahaja lah maka jalan cerita ini dapat diwujudkan. Rasanya takde kot negara lain kat dunia ni macam depa. Rumpun yang sama, tapi terbahagi dua dan tidak boleh jejak kaki di negara jiran. Orang Korea Selatan nak gi sana pun tak boleh, orang Korea Utara nak gi sini pun tak boleh. Oleh kerana itu, tema percintaan terpisah antara dua negara yang dipisahkan pagar ini agak menarik bila dibikin drama. Takde negara lain boleh buat macam ni kot.

  1. Bahasa

Saya tak pasti yang mana bahasa Korea Utara. Adakah semasa scene di KU, penduduk sana bertutur dalam bahasa KU atau seluruh drama ini menggunakan bahasa Korea Selatan? Ada beza ke bahasa dua negara ni atau sama aje?

  1. Sinematografi

Memang memukau lah. Masa di Switzerland tu punya lawa lah ciptaan Tuhan ni. Terpaksa masuk dalam senarai bucket list lah. Selain itu, cara drama ini mempamerkan kehidupan di Korea Selatan juga menarik. Sisi hidup golongan ‘ultra rich’ yang boleh selamba aje swipe kad hitam berbelanja RM65 ribu untuk beberapa helai suit dan kemeja semua warna.

  1. Product Placement

Samada Range Rover memang kereta kegemaran negara sana atau sponsor drama ini, persoalan yang timbul di fikiran juga. Dalam Sky Castle pun pakai Evoque. Kenapa tak pakai Hyundai? Ada pula Range Rover di Korea Utara.

Yang paling best dan saya rasa confirm ini sponsor ialah restoran makanan segera kegemaran saya banyak kali dipaparkan dalam drama ini. BBQ Chicken! Semua outlet berdekatan radius 5km dari rumah sudah tutup. Why! Why!

  1. Babak Yang Mencairkan Hati Penonton

Aku dah faham kenapa ramai orang boleh tangkap ketagih dengan drama siri Korea. Cara pembikinan dan lakonan mereka dibuat dengan cara hati yang sekeras batu pun boleh lembut kekdahnya. Gittew!

Aku rasa satu benda aku suka dalam filem ni ialah cara dorang ekspresi perasaan. Muka, gaya, gerak badan, mata. Memang boleh buat penonton terpesona. Pandai depa ek.

Pun aku sebagai seorang yang tidak mengikuti sangat dunia lagu Korea kecuali tahu lagu Gangnam Style, Pen Pineapple dan BlackPink, aku dapati lagu-lagu dalam drama ini boleh tahan hebat. Walaupun tak faham bahasa, tapi melodinya boleh masuk ke jiwa dan membantu memfahamkan jalan cerita.

  1. Pelakon utama

Tak dinafikanlah kehebatan dua pelakon utama dalam drama ini memang bagus. Sebenarnya selepas habis tonton ni, aku sambung tonton The Negotiation lakonan mereka berdua juga. Ia filem sebelum siri ini di tahun 2018. Genre berbeza dan gaya lakonan berbeza, dalam CLOY ini mereka nampak lebih padu karismanya. Banyak momen-momen dalam siri ni yang melankolik. Sesuailah untuk ditonton berulang-ulang dalam tempoh berkurung ni. Dapat melupakan seketika keresahan jiwa.

Jadah apa tulis panjang sangat ni kata tak suka sangat cite Korea ๐Ÿ˜‚

Kesimpulannya memang layak lah siri ni dapat rating tinggi di Netflix. Jalan cerita menarik secara keseluruhan walaupun bagi aku episod-episod awalnya terlampau perlahan. Bolehlah skip skip. Cara olahan sangat menarik dan logik bagi aku yang tak banyak pengetahuan pasal Korea. Cara satu benda tu dikait dengan benda yang lain tu agak kemas. Benda apa eh orang filem panggil tu. Macam perkaitan antara Yoon Se-Ri dengan Gu Seung-Joon nampak logik dan smooth.

Ahah! Konflik. Konflik keluarga Se-Ri, konflik tunang Kapten Ri. Siap hampir kena bunuh. Kena tembak. Hero tadah badan nak cover heroin. Heroin kena tembak sebab nak cover hero daripada kena tembak. Luar biasa percintaan kau orang ni! Konflik-konflik yang diwujudkan tersusun kemas aturannya. Gitu.

Kalau ikutkan mana logik nak masuk Korea Utara cara tak sengaja. CLOY boleh buat. Kalau ikutkan mana logik bercinta terpisah dua negara yang terputus hubungan komunikasi. CLOY berjaya buat. Penulis skrip atau jalan asal cerita ni memang genius!

Gitulah review aku untuk Crash Landing On You ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.