Kebanyakan web dan blog lirik lagu tidak memberikan lirik penuh lagu ini. Di minit ke 2:38, ada satu ayat berubah:

Lebaran senyummu
Membuatku rindu

Perasaanku layu
Tanpa bicara hatimu
Jiwaku luluh tanpa suluh cahya matamu
Kiranya kau dengar tika ini

Ku lalui duka dalam laung ketawa
Ku lalui duka dalam pasrah dan nestapa
Sungguh sungguh aku mengharapkan
Kiranya kau mendengar ketika ini

Kau tiada mendengar tika ini aku tahu
Pergimu bersama seruan
Laung-laungan suci
Dipayungi rintik-rintik air mata membasahi
Tanah di pusara

Ku lalui duka dalam laung ketawa
Ku lalui duka dalam pasrah dan nestapa
Sungguh sungguh aku mengharapkan

Kiranya kau mendengar ketika ini

Kau tiada mendengar tika ini aku tahu
Pergimu bersama seruan
Laung-laungan suci
Inilah suara nisan hati
Kiranya kau mendengar ketika ini.

https://youtu.be/wF2B8kXk2q4




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.