Jari halus mencuit siku. Aku toleh ke belakang. Seorang murid lelaki darjah 2 menghulurkan duit syiling.

“Ini untuk cikgu. Ikhlas.”, katanya sambil tersengih. Ini duit bayar cikgu sebab ajar kamu baca ke?, kak Mimi berseloroh dengan murid itu.

Eh…betul ke ni? Nanti mak kamu marah duit belanja bagi orang lain. Aku cuba menduganya.

“Tak apa. Ikhlas”, ulangnya lagi sambil tersenyum.

Wajah suci tanpa dosa ini benar-benar menyejukkan hati aku yang bergelodak dengan kemarahan. Pening kepala memikirkan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh orang dewasa.

Lihatlah si kecil ini. Dua kali menyebut ikhlas. Aku sendiri entah bila kali terakhir berfikir mengenai ikhlas.

Semoga Allah merahmatimu, anak.

#jombacaiSINA

#PruBSNPrihatin#PruBSNPrihatin