Mentor Bisnes Untuk Asnaf


Terima kasih Chef Syafiq kerana sudi turun padang mengajar asnaf cara berniaga makanan yang betul.

Cara mengira kos, cara memilih bahan mentah, pemilihan produk untuk dijual, mengira harga jualan yang sesuai bagi mendapat untung yang dikehendaki dll. Siapa yang pernah belajar dengannya pasti tau betapa tinggi kualiti ilmu yang dia berikan. Ilmu yang relevan dengan keadaan semasa.

Bukan sahaja beliau datang memberikan ilmu dan pengalamannya dengan percuma, malah beliau bermurah hati mengajak rakan-rakannya menderma wang untuk beliau belikan barang mentah dan kering untuk mula berniaga. Termasuk modal tunai awal supaya ibu ini boleh terus mulakan perniagaan tanpa alasan lagi.

Ibu ini pernah berniaga sebelum ini tetapi terpaksa menutup gerainya kerana keluarga ditimpa musibah. Kini dia mahu bangkit kembali demi mengeluarkan keluarganya daripada kemiskinan.