Photo credit: imdb.com

Filem yang dibikin daripada kisah benar mengenai Queen Victoria dan pembantu dari India bernama Abdul yang diangkat menjadi munshi kepadanya sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1901 dan Abdul dihalau balik ke negara asalnya. Segala catatan, foto dan bukti kewujudannya di akhir hidup Queen Victoria dihapuskan oleh istana.

Sejarah yang terbenam ini telah digali oleh penulis Shrabani Basu yang melawat rumah musim panas Queen Victoria dan perasan beberapa lukisan di dinding rumah itu ada seorang lelaki kelihatan seperti orang India tetapi dilukis dengan memperlihatkannya sebagai seorang yang istimewa. Beliau mengambil masa 5 tahun untuk membuat kajian dan penyiasatan hinggalah terbongkar kisah ini.

Ianya telah dibukukan dan dijadikan filem bertajuk Victoria and Abdul.

Baca disini bagaimana Shrabani Basu terjumpa akan cebisan sejarah yang disembunyikan selama satu abad lamanya ini:

https://www.telegraph.co.uk/women/life/uncovered-hidden-friendship-queen-victoria-indian-servant-abdul/

#netflix

Sumber:

https://www.vanityfair.com/hollywood/2017/09/queen-victoria-and-abdul-real-story

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.