Filem Wira: Watak Raja Merah

Filem Wira sedang ditayangkan di pawagam. Aku telah berpeluang menontonnya pada hari Sabtu yang lepas. Filem sangat bagus cuma aku kesal kerana menonton dengan orang-orang pentingkan diri sendiri. Emak ayah bawa anak kecil menonton filem yang penuh dengan adegan ganas. Untuk mengaburkan anak, dipasangkan lagu kanak-kanak pada handphone. Berkumandang lagu kanak-kanak sebagai latar filem Wira. Bangang!

Selesai lepaskan marah. Aku nak cerita watak kegemaran aku dalam filem Wira ini. Watak orang jahat bernama Raja Merah dilakonkan oleh pengarah filem Dain Said. Jika belum kenal siapa Dain Said, sila google.

Sumber foto: https://www.thesundaily.my/style-life/entertainment/family-fight-club-EF1610413

5 perkara mengenai watak Raja Merah yang aku suka:

  1. Accent

Pertuturan Raja Merah dalam filem ini sangat cool dan accent sedap didengar. Banyak gunakan Bahasa Inggeris dalam dialog.

2. Tenang

Lakonan Dian Said sebagai pemilik perniagaan kotor memproses dadah disebalik kilang pembuatan kondom sangat cemerlang dan bikin geram. Kapitalis yahudi memeras orang miskin.

3. Wanita

Biasanya watak bos-bos jahat akan didampingi oleh wanita sebagai aksesorinya. Tapi Raja Merah tak perlukan itu. Dia gila duit dan gila kuasa. Dalam pejabatnya dihiasi dua ekor anjing garang.

4. Anak

Dalam jahat bebal watak Raja Merah, anak-anak adalah aset dan juga liabiliti kepadanya. Dalam salah satu dialog dia kata, dia gagal mendidik anaknya. Munas berjaya mendidik anaknya.

5. Bijak

Tak payah gajikan tukang pukul dari luar. Budak-budak rumah flat yang dia bina setelah dia runtuhkan rumah setinggan mereka ada untuk dipergunakan. Caranya mudah. Biarkan mereka hidup susah. Mak ayah takde pilihan terpaksa kerja di kilang dia. Jangan bagi pelajaran pada anak-anak pekerja. Cukup masa, asuh mereka jadi macai Raja Merah.

Pergi tonton filem Wira di pawagam. Hasil kerja Adrian Teh belum pernah mengecewakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *