Monologue #8

Monologue #8

Malam yang tenang
Berbual panjang
Hingga larut malam
Gelak ketawa riang
Tiada kerisauan
Atau
Serius bila topik yang tegang

Mengupas kenangan silam
Dari saiz kurus membawa ke saiz bambam
Bahan membahan tanpa gores emosi
Tanpa menyimpannya dalam hati
Kerana kita tahu
itu cara kita berlucu

Tiga minggu yang gembira
Akan dikenang sampai bila-bila

Masa mencemburui kita
Katanya sudah tiba
Untuk kembali ke realiti
Menggalas tanggungjawab yang menanti

Panjang umur berjumpa lagi
Jika tak sempat di dunia ini
Moga bertemu di alam sana
Berdoa agar terus ke syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *