Monologue #7

Monologue #7

Entah untuk kali ke berapa cerita itu dibuka lagi.
Kali ini lebih terperinci.
Sumpah aku tak ingat apa yang terjadi.
Aku pun tak mengerti.
Kenapa Tuhan tarik memori itu pergi.

Tapi kau menangis lagi.
Menangis diatas perbuatan kejam aku yang lalu.
Dan aku hanya mampu termangu.
Kerana aku tak tercapai kepedihan itu.
Cuma rasa sesuatu.
Penyesalan dan malu.

Mustahil untuk undurkan masa
Berapa juta maaf mampu memadamkan kecewa
Kalaulah boleh lupa

Tahukah kau apa keajaiban ke-8 di dunia selepas piramid dan Taj Mahal?

Penciptaan engkau. Engkau yang telah aku pijak hatinya dan aku carik kepercayaannya.

Seribu kebodohan di dunia ini tak setanding dengan satu yang aku pernah buat sewaktu dahulu.

Apa perlu aku buat untuk beritahu
Aku minta maaf darab seribu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *