Monologue #2: Bermain Di Ruang Yang Adil



Ketika jantungmu bagai direntap oleh tangan yang tak nampak,

kau terapung di udara tanpa jejak

Fikiran dan emosi dibuai oleh entah siapa

Lalu kau tanyakan padanya

Dimanakah pengakhiran sebuah cerita

Moga baik baik sahaja

Tidak ada jasad yang cedera

Tidak ada jiwa yang merana

Agar kelak kita dipulangkan kepada Pencipta

dalam keadaan yang sempurna.