Trip to Johor Bahru – Hari Akhir

Trip to Johor Bahru – Hari Akhir

19 Oktober 2017. Khamis

Hari ini aku akan kembali ke Kuala Lumpur. Seawal pagi lepas bersiap, aku dan Sue gi ke sekolah ambil dua orang kakak tu dan bersarapan di sebuah gerai lontong terkenal di Johor Bahru.

Baru aku tau rupanya lontong ni ada dua jenis. Lontong basah iaitu berkuah dan lontong kering. Oleh sebab aku bukan penggemar lontong, aku pilih lontong kering dengan lauk ayam. Bolehlah, nak kata kena dengan selera tidaklah sangat sebab aku sendiri tak suka lontong.

 

Selepas menghantar kakak berdua itu pulang semula ke sekolah, kami menuju ke Kotaraya sebab aku nak beli nenas ni nak bawa balik ke KL. Aritu beli satu untuk makan, fuh sedap woi! Serius sedap. Lelangit tak gatal bila makan nenas yang ini. Rupanya ini nenas premium. Hanya dijual di beberapa tempat sahaja di seluruh Malaysia. Mostly ada di kiosk-kiosk dalam hospital KPJ. Produk ni mostly eksport ke luar negara. Ditanam di ladang di Ulu Tiram.

Untuk makan tengahari, kami makan di Sedap Corner. Menarik betul restoran ni. Kami order nasi dan lauk sebab lapar sangat. Ingatkan lama lah nak siap, cepat betul servis mereka. Memang sedap!

Kemain order banyak-banyak macam kebuluran sangat. Tapi jangan membazir. Lauk tak habis, kita tapau bawa balik.

Kata orang ini gerai goreng pisang paling popular di JB. Tu diaaa sampai beratur panjang. Goreng Pisang Mawar kot namanya. Sebenarnya singgah sini nak beli laksa Johor sebab ibu kirim suruh beli bawa balik KL. Sekali dah habis daa. Beli ajelah pisang goreng. Oh ya, disini memang pisang goreng dimakan dengan sambal kicap.

Sekitar jam 6.30 petang aku memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah seminggu yang sangat menyeronokkan di Johor Bahru. Terima kasih tuan rumah kerana menumbangkan hamba dan bawa pelancong ini kesana dan kemari. Hamba sangat terharu dengan layanan istimewa tuan hamba sekeluarga. Moga kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan.

Sepanjang berada di selatan Semenanjung Malaysia ini, banyak tempat dapat dilawati, ramai orang dapat ditemui dan puluhan foto sebagai kenangan abadi.

Berpeluang berbual dengan pelbagai lapisan masyarakat daripada yang di kampung, yang bekerja di industri hingga dengan pesara kerajaan yang pernah menjawat jawatan tinggi. Pelbagai pendapat dan suara hati di peringkat akar umbi dapat didengari.

Sedikit sebanyak ia mengubah persepsi saya terhadap negeri ini yang sering menjadi sebutan di media massa dan media sosial.

Terima kasih kepada teman yang sudi menumpangkan saya di rumahnya dan menjadi hos membawa pelancong ini ke serata tempat.

Insya’ Allah jika pihak penaja suka dengan cadangan yang bakal Projek Iqra’kemukakan kepada mereka kelak berdasarkan data yang dibawa balik ke KL ini, moga ada rezeki untuk mengembangkan program #kelasrakyat disini. Moga ada peluang untuk kembali ke bandar Johor Baharu yang menarik ini.

Setelah 7 hari bermusafir di negeri Johor Darul Ta’zim, ayuhlah pulang ke pangkuan Kuala Lumpur. Mesej untuk meminta tarikh mesyuarat pun sudah perlahan-lahan masuk memenuhi kalendar kerja.

Alhamdulillah sudah selamat sampai KL sekitar jam 11 malam.

Pemanduan malam ini sangat menyeronokkan walaupun drive seorang diri dari JB ke KL. Cuaca cantik. Takde masalah trafik. Kenderaan di jalanraya well behaved.

Terima kasih Johor Bahru. Korang memang awesome!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *