Trip To Johor Bahru – Day 7

Trip To Johor Bahru – Day 7

18 Oktober 2017. Rabu.

Hari ini aku dan Sue memilih untuk melawat 2 tempat. Pertama ialah ke Forest City. Macam-macam cerita aku dengar pasal tempat ni. Mostly sebab tempat ni dibangunkan oleh pelabur dari China. Kitorang gerak sekitar jam 10.30 pagi kot. Lupa pula hari ini cuti umum sempena perayaan Deepavali. Tempat pelancongan macam Forest City ni memang lah ramai pengunjung. Sampai kena parking di luar dan menapak ke dalam. Fuh dah lah cuaca panas.

Jalan masuk ke Forest City. Jalan masih cantik sebab baru buat kan

 

Tu dia banyak bangunan sedang dibina. Kontraktor dari China belaka kalau tak silap

 

Kat palang pun ada arahan dalam bahasa cina. Maksudnya sahih lah dah selamat sampai ke Forest City

 

Lepas parking kat kawasan lapang yang belum diturap, kami pun menyertai puluhan orang ramai menapak menuju ke bangunan utama
Lepas pusing baca informasi di papan tanda dalam bangunan, kami pun keluar. Rupanya inilah tarikan yang menyebabkan orang ramai berpusu-pusu
Berapa ramai rakyat tempatan memiliki hartanah di Forest City ni?
Antara tarikan di pantai ini yang menjadi tempat kegemaran pengunjung untuk selfie

 

Selepas pusing seadanya, kami pun melangkah pulang ke kereta. Cuaca semakin terik, pengunjung semakin ramai. Kami nak cepat ke destinasi seterusnya iaitu di Tanjung Piai. Semenjak tengok filem Bisik Pada Langit, terus ingin melawat lokasi penggambaraan filem tersebut.

Syok sembang masa memandu, tak sedar nyaris nak ke jalan menuju Singapura. Mujur boleh pusing balik.
Perjalanan ke Tanjung Piai yang terletak di daerah Pontian ni lebih kurang 1 jam dari JB

Tanjung Piai ialah sebuah Taman Negara. Kaya dengan khazanah paya bakau.

Aku terfikir kalau aku menapak atas lumpur tu, sejauh mana aku akan terbenam? Ke boleh jalan atas tu?

Ekosistem paya bakau sangat penting untuk alam kita ini.

Seronok dapat aplikasi ilmu Geografi yang dipelajari semasa di sekolah dulu

Cantik….sangat cantik. Kalau korang berpeluang ke Johor, jangan lupa melawat Tanjung Piai. Tiket masuk tak mahal. Dewasa RM5.30 termasuk GST

Oh ya….disini signal hp agak membingungkan. Aku off kan signal hp sebab aku rasa kawasan ni macam dah dekat dengan signal Indonesia kot sebab hp tunjuk gaya macam nak roaming.

 

 

 

Sepatutnya boleh beli sijil tanda kita sudah menjejakkan kaki ke titik paling akhir benua Asia. Tapi malangnya sijil dah habis.

Tapi aku dah plan next trip nak gi sini lagi sebab satu lagi laluan sepanjang 1.2km kitorang tak gi. So next visit mesti gi situ pulak

 

 

 

 

 

Kat sini ada spesis ikan yang sangat menarik iaitu ikan belacak. Pernah tengok ikan berjalan di permukaan? Hah…kat sini ada. Kagum dengan penciptaan Allah SWT. Ikan belacak ni kalau tak silap boleh panjat pokok.

 

Syok betul memandu di Pontian ni. Jalannya tenang, pemandangan kiri kanan mendamaikan. Cuaca pun cantik.

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah makan malam di sebuah restoran tomyam yang sedap. Lupa dah nama kedai tu.

Tamat sudah hari ke-7 di Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *