Trip To Johor Bahru – Day 6

Trip To Johor Bahru – Day 6

17 Oktober 2017. Selasa.

Masa ni dah berkira-kira nak balik ke KL. Yelah, tugas sudah selesaikan. Tapi Sue minta tinggal lagi untuk melawat beberapa tempat. Oklah juga. Lagipun masih cuti sekolah. Kelas Rakyat pun cuti. Takdelah rasa bersalah gi bercuti walhal Kelas Rakyat sedang running. Nak nak pula menuju hujung tahun ni sukarelawan makin kurang. Lagipun inilah kesempatan nak ambil untuk berjumpa seorang dua lagi kawan yang tinggal di JB.

Aku pun set dua appointment. Pertama nak jumpa kawan yang aku kenal sejak tahun 2005 kot di zaman kegemilangan forum Bincang.net iaitu Suezie SMS atau dulu nama glamernya Bisuji yang masih aku guna dan aku panggil dia dengan gelaran Bis. Bis kerja di JB dan aktif mengikuti program kebajikan di sekitar JB.

Memandangkan hari ini hari kerja, jadinya aku cuma boleh jumpa Bis waktu makan tengahari. Untuk isi masa pagi, aku ikut Sue ke sebuah sekolah rendah yang terletak dekat dengan Kampung Tebing Runtuh.

Uniknya Sekolah Kebangsaan Sikijang ni ialah disini cuma ada 35 orang pelajar sahaja daripada darjah 1 hingga darjah 6. Pelik kan! Sekolah ni bukannya di kawasan pendalaman pun. Dulunya sekolah ni ramai pelajar. Tetapi bila penempatan tanah rancangan di sekitar sini berpindah, yang tinggal cuma anak-anak Kampung Tebing Runtuh dan anak-anak kakitangan kerajaan yang bekerja di bangunan kerajaan berdekatan. Tahun ini calon UPSR cuma seorang. Sepatutnya 2 orang. Tapi calon seorang lagi mengambil keputusan untuk berhenti sekolah kerana masalah keluarga. Kasihan.

Kawasan projek pembinaan di sekitar sekolah ini. 5-6 tahun akan datang apabila kawasan ini sudah membangun, mungkin bilangan pelajar akan bertambah. Yang bestnya sekolah ni lokasinya bersebelahan kubur dan kem tentera. Jadi jangan terkejut jika kena lalu pos kawalan sebelum ke sekolah ini.

Jam 12 tengahari aku dan Sue bertolak ke bandar untuk makan tengahari dengan Bis. Janji berjumpa di sebuah restoran bernama Dapur Merah. Best betul makan disini sebab lauknya banyak jenis. Kena betul dengan tekak aku. Paling aku suka ada satu lauk tu. Ikan bilis goreng ditumbuk kasar bersama cili padi. Fuhhh terangkat woi!

Punyalah ramai orang, ngam ngam dapat satu meja. Tak sempat nak tunggu Bis sampai, aku dan Sue dah pergi cedok nasi dulu. Bis pula lambat setengah jam. Bila dia sampai, kami pun dah habis makan. Hahahaha teruk punya perangai. Tapi ok gak sebab Bis nak ajak makan Tauhu Sumedang. Hah, apa tu?

Bila Bis sampai di Dapur Merah, kami berbual sekejap sementara aku habiskan air. Sue balik dulu sebab driver dia datang ambil. Aku naik kereta Bis ke lokasi pertama iaitu gerai Tauhu Sumedang. Alahai, takde gambar. Rugi betul. Korang google lah. Aku bukan penggemar tauhu tapi tauhu ni serius sedap. Berbentuk kiub. Luarnya garing, dalamnya lembut. Ada inti sayur dan ayam rasanya. Hoi…. makan 2 biji aje dah kenyang. Tapi aku makan 4 biji lah baru kenyang hahahahaha

First stop ialah di Puteri Harbour. Disebabkan Bis ni kerja dengan UEM, dia petah lah bercerita pasal projek pembangunan yang sedang pesat di sekitar Kota Iskandar ni. Ada satu kawasan ni nama dia cute sangat iaitu Medina. Township baru yang serba moden. Malah sekolah disitu pun dibina oleh UEM dan berbentuk seperti sekolah swasta.

Kalau ada kapal layar, bolehlah parking disini. Ada disediakan bilik air untuk mandi. Ada kedai dobi untuk basuh pakaian. Ada tempat untuk charging handphone, laptop dll. Ada syarikat yang menawarkan servis-servis yang diperlukan oleh pemilik kapal layar ini di Puteri Harbour ini.

Hiasan landskap di Puteri Harbour. Disini juga ada basikal yang disediakan. Guna apps untuk aktifkan basikal dan kayuh. Kena bayar tapi tak tahu berapa ringgit.

Inilah Bis. Kalau korang nak cari aktiviti sukarela atau aktiviti kebajikan di JB, bolehlah contact dia. Cari FB dia. Suezie SMS.

Bukan main pesat membangun di Johor Bahru ni. Kota Iskandar, Medini, Puteri Harbour dan banyak lagi. Cumanya bukan untuk pasaran semua orang.

Selesai pertemuan dengan Bis (terima kasih bawak aku jalan jalan), aku terus ke Angsana Mall. Wah, dah berubah wajah. Dah moden dan cantik. Dulu kusam aje mall ni. Kat sini aku berjumpa dengan senior MRSM iaitu kak Rozaini Hanim Sidek. Wah, anak-anaknya pun ada. Oh ya cuti sekolah kan. Aku terlewat hampir setengah jam kerana susah juga nak parking dalam bangunan Angsana ni.

Kak Rozaini bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Johor Bahru. Beliau ingin bantu pelajar-pelajar sekolahnya yang masih belum lancar membaca. Kami bincangkan serba ringkas bagaimana mereka boleh dibantu dan insya’ Allah kita akan usahakan untuk mereka. Amatlah kasihan jika sudah sekolah menengah tetapi membaca masih merangkak. Self esteem mereka akan terperosok jauh ke bawah.

Selepas selesai, aku pulang semula ke rumah. Letak kereta di rumah dan naik kereta Sue ke Hospital Sultanah Aminah kerana pakcik Sue dimasukkan ke hospital ini. Aneh juga hospital ini kerana kanak-kanak bawah umur 12 tahun boleh naik ke wad. Hal ini tak berlaku di Hospital Kuala Lumpur. Hiruk pikuk di luar wad.

Jam 7.30 malam, masa melawat pun tamat. Kami berjalan ke kereta dan menuju ke kedai untuk makan malam sebelum pulang ke rumah. Makan kat mana, aku pun dah lupa 😀

Tamatlah sudah hari ke-6 di Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *