Trip To Johor Bahru – Day 5

Trip To Johor Bahru – Day 5

16 Oktober 2017. Isnin.

Hari ini barulah nak pergi buat kerja. Salah satu sebab untuk turun ke Johor. Tugas hari ini ialah ke Madrasah Khadimuddin yang terletak di Ulu Tiram untuk menjalankan saringan membaca, saringan Matematik dan saringan Bahasa Inggeris. Ada sebuat syarikat korporat meminta Projek Iqra’ membuka Kelas Rakyat untuk pelajar-pelajar madrasah ini dibiaya oleh mereka. Oleh itu kami perlukan data sebelum boleh membuat kertas kerja untuk melaksanakan hasrat syarikat tersebut.

Pada mulanya ingat nak gi seorang aje buat kerja ni tapi mujurlah Sue ikut sekali. Macam champion sangat nak handle sorang walhal ada 35 orang pelajar disini berusia 8 hingga 16 tahun. Sementara pelajar membuat saringan Matematik dan Bahasa Inggeris, seorang demi seorang dipanggil ke pejabat untuk membuat saringan membaca dan menulis. Saringan ini penting untuk membolehkan kita fahami tahap penguasaan setiap pelajar.

Membuat 35 saringan membaca tidak semudah aku sangkakan kerana tahap kebolehan membaca dan menulis pelajar-pelajar disini agak baik juga. Tak seperti yang aku jangkakan berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas. Saringan bermula jam 10.30 pagi dan selesai sekitar jam 3.30 petang. Pihak madrasah bermurah hati menghidangkan kami nasi ketika waktu makan tengahari.

Terima kasih Sue sebab tolong aku handle saringan. Siap boleh asingkan kertas ikut nama pelajar. Senang bawa balik KL nanti nak tanda dan key in markah. Sesambil tu boleh pula dia usha calon-calon menantu! Ada seorang pelajar ni punyalah comel dengan bulu mata lentik bagai. Bila berjubah dan berserban tu, haihhhh….cair hati mak mak weh….hahahahaha ok dia siap dah booking nak buat menantu. Walhal anak perempuan baru darjah 3! hahahahahahaha

Selesai acara itu, kami pun pulang semula ke JB dan mencari makan di Aeon Tebrau. Selesai makan pulang ke rumah. Aku seperti biasa mengadap laptop dulu menyiapkan kerja sambil berbual dengan anak-anak Sue.

Selesai hari ke-5 di Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *