Trip To Johor Bahru – Day 4

Trip To Johor Bahru – Day 4

Ahad 15 Oktober 2017.

Seawal pagi kami keluar dari rumah untuk menghantar anak Sue ke sekolah kerana menghadiri latihan bola sepak. Tak sangka betul si kenit ni berbakat dalam sukan bola sepak. Punya semangat nak gi training walaupun cuti sekolah.

Lepas hantar ke sekolah, kami bersarapan di sebuah kedai mamak. Nasi lemak disitu bolehlah kategorinya. Lepas sarapan kami bergerak ke Tanjung Leman untuk menjemput anaknya yang sudah selesai latihan sukan perahu layar. Kali ni tak tidur dah lah sebab nak tengok setiap kawasan dan pemandangan sepanjang jalan.

Kali ni aku sinsing seluar cecahkan juga kaki ke air laut. Adui ruginya tak bawa baju mandi. Dah lama tak mandi laut. Serius dah lama.

Kelibat para pelatih sampai di gigi air. Semasa kami tiba, mereka masih di tengah laut. Bayangkan pukul 2 petang kot. Gigihlah dorang ni merentung diri demi sukan yang dicintai. Moga moga dapat wakil negara suatu hari nanti.

Selepas selesai menunggu mereka siap dan sedia untuk pulang, hujan pun turun. Elok sangatlah. Sejuk sikit bumi Johor ni. Boleh tahan panasnya.

Sampai di rumah rehat sekejap. Boring pula, petang jam 6 ajak anak Sue paling kecil keluar jalan ke taman. Aku belum berkesempatan meronda sekitar perumahan disini. Akhirnya semua pun ikut sekali. Mainlah mereka sepuas-puasnya di taman permainan belakang rumah dorang.

Hampir jam 7 malam, berjalan pulang ke rumah. Mandi dan bersiap keluar makan malam. Ketika sedang memandu berfikir nak makan dimana, kawan aku call. Ya Allah aku lupa sudah janji nak ke rumahnya malam ini. Kami pun berpusing menuju ke Mutiara Rini. Noni dan Mad Kefri, dua rakan semasa aku belajar di MRSM Terendak. Rupanya sudah menetap di Johor sejak tahun 2011. Berbual sakan lah kami sebab dah bertahun tak jumpa. Terima kasih kerana hidangkan kuey tiow sup.

Selepas sejam di rumah Noni dan Mad Kefri, ingatkan nak terus balik rumah. Tapi Sue teringin nak bawa try makan di satu kedai yang dia dok makan setiap hari ketika mula-mula pindah ke JB. Namanya Kedai Bawah Pokok Ceri. Tak pasti lah tu nama rasmi ke apa tapi agak unik sebab kedai ni ada jual nasi campur waktu malam.

Kedai ni rasanya buka 24 jam kot. Dah lewat malam pun meriah dan penuh dengan pelanggan. Macam-macam jenis lauk dan kuih muih ada dijual disini. Meh tengok apa lauk aku amik.

Masa memilih lauk tu aku macam kaget sikit tengok jenis jenis lauk yang ada. Selepas habis makan baru aku tau, ini restoran masakan Kelantan. Patutpun macam tak kena dengan selera aku. Mujur tak ambil banyak. Ambil dua jenis kuih. Aduh pulut panggang pun manis.

Setelah kenyang, kami pun pulang ke pangkal jalan. Selesai hari ke-4.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *