Trip To Johor Bahru – Day 3

14 Oktober 2017. Hari Sabtu. Susah juga nak tune otak bahawasanya di Johor ni hari Jumaat dan Sabtu ialah hari cuti. Hari Ahad ialah hari sekolah.

Apa agenda hari ini? Menonton wayang dan melawat ekspo. Mula dulu bila buku bertajuk Tombiruo ni keluar di pasaran, aku memang taknak baca. Sebab aku ingat ini cerita hantu. Aku pernah suatu waktu dahulu mengikuti buku-buku Ramlee Awang Murshid tapi bila genre semakin lama semakin seram, aku berhenti. Tapi bila dah tonton filem ini, rupanya bukan filem hantu. Tapi aku yakin kalau aku baca bukunya, aku masih akan takut sebab biasanya dalam buku, penceritaan lebih teliti dan mendalam berbanding di filem.

Sampai di AEON Tebrau, kami makan nasi ayam di food court dulu sebagai sarapan. Kami tonton tayangan jam 11.30 pagi di TGV Aeon Tebrau sebab disitu sahaja yang ada filem Tombiruo. Adoi…apa ke hal kerusi di pawagam ni kecil dan sempit belaka. Orang Tebrau slim world ke semuanya? Cerita Tombiruo ni memang power, 5 bintang aku bagi sebab tak membosankan dan penuh dengan aksi. Alah korang tengok 6 pek Zul Ariffin je kan kan kan…. ko tengok efek masa Ejim kena baling ke pokok pastu melantun balik terus berdiri? Perghhhhh

Selesai tengok wayang, kami pun keluar mencari makan tengahari. Pusing punya pusing, ternampak kedai roti Jepun. Tapau beberapa roti dan pastri yang enak. Kami menuju ke Kampung Tebing Runtuh untuk jemput kawan Sue yang tinggal disana. Menarik betul kampung ni sebab letaknya di tepi laut dan sangat dekat dengan kawasan pesat membangun Kota Iskandar. Sambil tu aku ambil peluang melihat kawasan sekitar.

5 star settlement ni. View laut dan sangat dekat dengan bandar besar. Fuh!

 

Oh ya, kebetulan lawatan aku ke JB kali ini serentak dengan adanya Ekspo Johor Berkemajuan. Macam menarik je. Ingatkan ekspo jualan produk IKS di Johor. Rupanya ekspo memperkenalkan sejarah negeri Johor, maklumat keluarga diraja Johor, inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan negeri Johor dan gerai jualan. Best giler ekspo ni. Satu tempat untuk kenali segala hal berkenaan Johor.

Air mangga power di Ekspo Johor Berkemajuan

 

Saja tak lunch di AEON tadi sebab nak lunch di ekspo ini. Ada satu food truck jual char kuey tiow. Unik gak makan kuey tiow dalam mangkuk bulat.

Segalanya berkaitan Johor ada di Ekspo Johor Berkemajuan ini. Puas membaca sejarah salasilah keluarga diraja Johor. Melihat pakaian istana, foto-foto kerabat Johor, kebudayaan Johor, kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat negeri Johor, pelan pembangunan Johor, ada booth untuk daftar rumah mampu milik, rumah PPR, pertanian dan segala macam hal yang berlaku dibawah langit negeri ini.

Menjelang jam 5.30 petang kami keluar dari Ekspo dengan kaki yang penat. Kesian gak kat dorang sebab dorang dah memang dok Johor, boring lah nak baca semua info ni. Aku yang excited nak baca satu per satu. Yang best ialah ada kad cabutan bertuah dengan cara kumpul chop di setiap checkpoint. Mujurlah tak parking jauh melampau, menjelang sampai di kereta dah nyawa-nyawa ikan. Hahahaha

Dah bayang nak balik rumah, mandi dan tidur. Tapi tidak ya. Lepas hantar kakak tu balik ke Kampung Tebing Runtuh, kami pulang untuk mandi dan rehat sekejap sebelum keluar semula untuk makan malam di Senibung. Senibung ni kawasan tepi laut yang terkenal dengan restoran makanan laut. Kami ke rumah kakak tu untuk jemput dia, suami dan anaknya untuk sertai makan malam di Senibung. Boss besar a.k.a suami Sue belanja makan. Perjalanan ke Senibung tu makan masa 45 minit dari Kota Iskandar.

First time aku tengok ikan disusun macam gini. Kagum weh!

Terima kasih boss besar belanja makan banyak betul. Memang saja nak kasi kitorang makin berat kan. Ikan pari bakar, sotong goreng tepung, lala masak apantah, ketam, kerang dan macam-macam. Alhamdulillah memang teringat nak makan seafood. Tiba-tiba ada orang belanja.

Ini rupa sebelum makan. Kalau sesudah makan, tak senonoh rasanya nak amik gambar. hahaha…. ini trick handphone Samsung Note 8. Aku rasa handphone ni patut diharamkan lah. Kemain melampau efek dia. hahahaha

Selesai hari ketiga di Johor Bahru.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *