Trip To Johor Bahru – Day 2

Trip To Johor Bahru – Day 2

Jumaat 13 Oktober 2017 menghirup udara pagi di Johor Bahru. Baik sangat tuan rumah ni tak kejut aku seawal pagi sebab tau sure aku tak bangun punya. Haha…

Lepas mandi dan bersarapan, aku ikut kawan aku ni. Lupa nak bagitau nama dia. Sue. Kitorang satu sekolah menengah masa Form 1 sampai awal Form 4 tapi aku kenal dia gitu gitu je. Start rapat beberapa tahun lepas bila jumpa semula. Dia baru pindah ke JB ni ikut suami dia kerja disini. Dah banyak kali dia ajak datang ke rumah dia tapi tau ajelah aku dan kerja berpisah tiada. Payah benar nak cari waktu nak tinggalkan kerja sampailah kebetulan ada sebab kukuh nak ke JB iaitu ada kerja disini. Hah…sebab kerja juga!

Jam 11 pagi kami bertolak dengan menaiki kereta dia bersama anak perempuannya menuju ke Tanjung Leman. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku tahu kewujudan Tanjung Leman ni. Letaknya di Mersing, Johor. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit dari JB.

Keliru juga mula mula nak membezakan mukim dan daerah. Selama ni ingatkan Gelang Patah ni daerah lain. Rupanya dalam JB juga

Tujuan ke Tanjung Leman ni adalah untuk menghantar anaknya berlatih sukan perahu layar. Giler lah. Darjah 3 dah main sukan perahu layar. Aku dulu Darjah 3 tau main guli dan badminton aje kot. Dan rounders. Tak pernah terfikir nak bersukan perahu layar walaupun rumah depan sungai. ahahaha… macam lah boleh letak perahu layar dalam sungai!

Perjalanan yang panjang dan cuaca yang hangat manja ditemani kelapa sawit di kiri kanan, separuh jalan aku tertidur. Bila bangun, tak habis lagi kebun kelapa sawit ni. Jalan boleh tahan berombak gak. Kalau tak kuat, sure muntah. Melayan pemandangan dan langit biru yang permai, aku pun rekod video ini.

Sampai disana, singgah di hostel dimana para pelatih akan tinggal selama 3 hari sepanjang latihan ini. Kemudian kami menuju ke tepi pantai. Hmm bila last sekali aku ke tepi pantai? Masa di Mukah kot. Bergerak menuju ke kedai makan berhampiran mengisi perut yang berbunyi riang. Di kedai yang sama kelihatan 10 hingga 15 orang pelatih sukan yang sama baru tiba untuk makan tengahari sebelum memulakan latihan.

Selesai makan, kami melihat seorang demi seorang memunggah perahu layar masing-masing menuju ke pesisiran pantai. Aku pun bangun ikut mereka. Kali pertama nak lihat bagaimana proses sukan ini bermula. Jenuh juga. Nak kena pasang segala macam jenis alatan pada perahu, kena tolak ke gigi air. Berat woo.

Perahu ini pun ada pelbagai jenis dan saiz. Pelatih paling muda disini berusia 8 tahun kalau tak silap. Mereka berlatih secara percuma dibawah kendalian Johor Sailing Association. Menarik mendengar cerita iaitu sukan ini membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada keluarga nelayan untuk mengembangkan bakat di sukan ini. Bagus betul! Aku abadikan kenangan ini dalam video dibawah ini:

Dalam jam 4 petang aku dan Sue ke Felda Residence. Dia capek yang amat kerana memandu jauh dalam cuaca yang panas. Kami rehat di bilik selama 2 jam untuk tidur sebelum meneruskan perjalanan pulang ke JB. Kami singgah di AEON Mall Bandar Dato’ Onn untuk makan malam. Mall ini nampaknya agak baru. Tengok, ada 15 petak parking khas untuk OKU sahaja!

Setelah berputar, kami pilih restoran Roast & Grill. Tema seakan Tony Roma’s tetapi pada harga lebih rendah. Yang bestnya disini guna sos cili Lingham! Hoi.. lejen kot 😀

Aku baca di menu lain,aku gi tulis di kertas order lain. Hampeh betul. Tapi salmon tu sedap. Fries tu bertambah sedap lah bila dicicah dengan sos cili Lingham

Selesai makan dan tapau Tealive untuk bekalan berjaga bila balik nanti maklumlah ada kerja perlu dibereskan setiap hari, kami pun bergerak pulang. Selesai hari kedua di Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *