Trip To Johor Bahru – Day 1

Trip To Johor Bahru – Day 1

Setelah berusaha beberapa kali nak set trip ke Johor Bahru ini, akhirnya berjaya juga. Pada 12 Oktober 2017 aku berjaya juga bertolak dari Kuala Lumpur selepas menyelesaikan hal dua pelajar kemahiran yang nak mula kerja hari Isnin. Settle kan handphone salah sorang yang rosak. Kemudian singgah ke Petaling Jaya untuk hantar laptop yang disumbangkan untuk bekas pelajar Sekolah Henry Gurney yang kini melanjutkan pelajaran di politeknik dalam kursus Sains Komputer.

Sekitar jam 3.30 petang aku pun memulakan perjalanan dengan melalui pagar Smart Tag Tol Sg Besi menuju ke selatan tanahair. Ingatkan nak jalan terus tapi singgah kejap di RnR Nilai pekena nasi kambing dulu di Hot Kambing. Pukul 4.30 sebetulnya berjaya memandu terus tanpa gangguan lagi. Trafik baik, cuaca hujan renyai.

Hot Kambing

Apabila melintasi sempadan Melaka – Johor, baru berhenti di RnR Pagoh Selatan untuk buang air, isi minyak kereta dan beli jajan. Eh eh… Ambi Pure Mini Clip murah pulak kat sini. Kat KL tak jumpa pula harga RM10.60. Beli dua untuk kegunaan dalam kereta dan meneruskan perjalanan. Hujan renyai, dah malam dan 2 lane menjadi 1 kerana kerja membaiki jalan.

Sampai di Johor Bahru sekitar jam 9.30 malam. Kawan yang menunggu dengan sabar disana call bagitau wayang pukul 9.45 malam. Hah… ingatkan main main! Rupanya dia dah book tiket. Terus pecut ke TGV Aeon Bukit Indah. Mujur ada Waze. Apa fesyen ni sambut tetamu jauh kat pawagam…hahahah. Dia belanja tengok filem Geostorm. Kami tonton bertiga. Dia dan suaminya, aku sorang duduk couple seat. Fuh heaven. Filem pulak best. Mujur best. Risau gak kalau tertidur dalam pawagam sebab penat memandu.

Selesai menonton, aku drive kereta follow kereta dia ke kawasan rumahnya. Gated community yang ada dua lapisan security. Lama gak lah nak dapat clearance masuk sebab nak stay lama kan. So sampai di rumahnya, unload beg dan bawa naik ke bilik anak sulungnya. Pinjam bilik anak sulungnya selama seminggu. Mujur cuti sekolah. So budak-budak tu tidur dalam satu bilik yang sama di bilik sebelah.

Lepas mandi belum boleh terus tidur ya. Ada kerja perlu disiapkan. Rumah ada wifi. Yahoo! Siapkan kerja, dalam pukul 2.30 pagi aku tidur. Pengsan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *