JomBaca SMK Bawong – Lawatan ke Kidzania KL

JomBaca SMK Bawong – Lawatan ke Kidzania KL

Pada 6 Julai 2017 yang lalu, seramai 115 orang pelajar dan guru-guru dari SMK Bawong telah mengikuti lawatan ke Kidzania Kuala Lumpur. Lawatan ini adalah satu hadiah kepada para pelajar program JomBaca yang telah berjaya mengikuti program selama 20 hari dengan jayanya.

Segala perbelanjaan seperti sewaan bas, makan tengahari dan tiket masuk ke Kidzania telah ditaja oleh Themed Attractions Resorts & Hotels. Terima kasih diucapkan kepada TARH diatas kesudian menaja pelajar-pelajar ini.

Bagi kebanyakkan pelajar-pelajar orang asli ini, ini adalah kali pertama mereka berjalan jauh. Ramai yang loya dan mual kerana tidak biasa menaiki bas. Ada yang tidak pernah menggunakan eskalator. Kakitangan Kidzania KL membantu memastikan mereka selesa dan gembira sepanjang berada di Kidzania ini.

Sebaik sahaja selesai taklimat dan sesi fotografi di teater, pelajar-pelajar dijamu dengan makan tengahari sebelum mereka mula bermain. Pada mulanya mereka agak kekok tetapi kakitangan Kidzania sangat membantu untuk mereka menyesuaikan diri dengan permainan yang disediakan.

Ada yang mencuba pekerjaan bomba, ada yang menjadi paramedik, ada yang menjadi model dan banyak lagi. Program ini memberikan mereka idea dan pengalaman bahawa terdapat banyak jenis kerjaya didunia ini yang boleh mereka ceburi.

Lawatan tamat sekitar jam 4.30 petang dimana mereka pulang semula ke sekolah dengan menaiki bas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *