JomBaca di SMK Bawong, Sg Siput, Perak – Day 8

JomBaca di SMK Bawong, Sg Siput, Perak – Day 8

8 April 2017

Entah kenapa tergerak di hati untuk balik ke KL pada hari Selasa pagi sedangkan kelas #jombaca habis hari Jumaat. Saya boleh berehat di KL pada hari Sabtu dan Ahad tapi memilih nak ke sekolah pada hari Isnin sebelum pulang ke KL.

Hari Isnin yang merupakan hari ke 6 program #jombaca di SMK Bawong, saya perhatikan setiap pelajar yang saya ajar. Terdetik di hati saya, kenapa hari pertama persekolahan tapi baju sekolah mereka tak bersih? Ada yang comot seolah-olah sudah hari Jumaat. Bau tak usah cerita. Menjadi guru JomBaca memang sudah sebati dengan pelbagai bau sebab kami mengajar one to one. Banyak waktu kena tarik pelajar rapat ke bahu untuk dengar betul-betul sebutannya.

Barulah kami diberitahu, ada pelajar mencuci baju sekolah dengan air sahaja kerana tiada serbuk cuci pakaian. Rata-rata pelajar yang duduk di asrama di sekolah ini daripada keluarga kurang mampu. Justeru, Projek Iqra’ pilih untuk bantu dapatkan sebungkus sabun cuci baju seberat 2.5kg dengan bajet RM9 seunit untuk diberikan kepada pelajar-pelajar di asrama ini.
Kebersihan itu kan sebahagian daripada iman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *