31 Mac 2017
Setelah 5 hari menyertai program #jombaca di SMK Bawong ini, pemerhatian yang melegakan saya ialah pelajar-pelajar disini sama seperti pelajar-pelajar di sekolah lain. Mereka tidak begitu malu, boleh bersuara dengan normal, tak perlu memujuk untuk keluarkan suara, rajin buat modul dan berpotensi untuk berjaya seperti pelajar-pelajar lain di bandar besar.
Mungkin kerana disini semuanya pelajar orang asli dan tiada berlaku diskriminasi.
Bila ditanya apa cita-cita dan jawapannya ialah ‘nak kerja kelapa sawit, cikgu’.
Okkkk…. KidZania Kuala Lumpur mode activate. Kalau dapat greenlight, boleh dijadikan bahan nak menarik mereka hadir ke program #jombaca tanpa gagal selama berbaki 15 hari lagi. Terbukti berkesan di lokasi-lokasi #jombaca sebelum ini sebab aura Kidzania sangat kuat!