JomBaca di SMK Bawong, Sg Siput, Perak – Day 4

30 Mac 2017

Hari ke-4 program #jombaca di SMK Bawong. Proses melatih guru semakin lancar. Guru-guru disini sangat komited dan berlatih bersungguh-sungguh untuk belajar cara mengajar dengan betul. Hari ini mereka sudah mula mengajar pelajar yang kritikal sambil dibimbing oleh guru JomBaca.


Pelajar-pelajar yang sudah masuk tahap 3 sudah mula membuat modul penulisan 1A hingga 1K secara berperingkat mengikut tahap mereka. Ketika inilah guru akan membetulkan tulisan, penggunaan huruf kecil dan besar dan lain-lain lagi.


Setakat hari ini saya perhatikan, pelajar-pelajar orang asli di sekolah ini normal seperti pelajar di sekolah yang lain. Tidak seperti yang saya jangkakan berdasarkan pengalaman di Gua Musang sebelum ini.

Beberapa buah buku dibeli. Ada yang baca separuh, kemudian letak ke tepi. Tapi untuk buku ini, rasa tak sabar nak balik ke rumah selepas mengajar di program #jombaca. Untuk tahu apa kesudahannya. Ada babak meruntun jiwa, membasahkan air mata. Ceritanya sungguh teliti, rasa macam ada di kampung itu sendiri.


Dengan bangganya saya memberikan 5 bintang untuk Bintang Al-Nilam Di Langit Mentakab. Sangat sesuai dibaca oleh kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Insya’Allah, pelajar program #jombaca di SMK Bawong yang pertama tamat program hingga lancar membaca suratkhabar akan saya hadiahkan buku ini kelak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.