JomBaca di SMK Bawong, Sg Siput, Perak – Day 3

29 Mac 2017:

Semalam hujan sepanjang malam. Pagi ni berkabus tebal

Hari ke-3 program #jombaca di SMK Bawong. Disini kami menerima tetamu daripada pelbagai agensi kerajaan seperti daripada PPD Kuala Kangsar dan IPG Kota Bharu yang ingin tahu bagaimana program ini membantu pelajar-pelajar di sekolah ini.

Guru-guru SMK Bawong yang telah mengikuti kursus i-SINA juga mula mengajar hari ini bersama dengan guru #jombaca yang akan dibantu untuk melancarkan proses ‘technology transfer’ untuk membolehkan kesinambungan program ini di sekolah ini.

Setakat ini program berjalan dengan lancar dan baik.
#jombaca

Cikgu Rasyid mengajar pelajar sesi pertama

 

Pembelajaran berkonsepkan ‘one to one’ kerana setiap pelajar mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza. Sesi ini berlangsung selama 10-15 minit untuk setiap pelajar.

 

Sementara menunggu giliran untuk baca dengan guru, para pelajar menyiapkan modul yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.