JomBaca di SMK Bawong, Sg Siput, Perak – Day 19


19 April 2017

Dr Yus datang dari Lumut untuk bantu proses membeli barangan hari ini. Saya dah melepek di kerusi, beliau masih cergas kesana kesini memilih selipar.

 

Barang-barang ini adalah sebahagian daripada sumbangan keperluan harian yang diberikan kepada semua pelajar-pelajar program JomBaca di SMK Bawong. Ianya adalah hasil sumbangan orang ramai.