JomBaca di SMK Bawong, Sg Siput, Perak – Day 14

JomBaca di SMK Bawong, Sg Siput, Perak – Day 14

16 April 2017

Coretan diambil daripada Facebook Zai Zulkifli, salah seorang tenaga pengajar di program JomBaca yang berlangsung di SMK Bawong ini.

Boleh membaca lancar tidak semestinya boleh menulis dengan baik.

Sudah bersekolah menengah, namun murid-murid ini masih tidak tahu penggunaan huruf besar yang betul dan noktah.

Arahan sudah tertulis dan contoh sudah diberi tetapi masih memerlukan personal coaching.

Apabila sudah coached 2-3 orang murid dan mereka telah faham dan buat buat latihan dan pembetulan dengan berjaya, saya lantik mereka sebagai penolong guru untuk menolong rakan mereka yang masih terkial-kial dengan tugasan yang sama.

Masih berbaki 4 hari program JomBaca di SMK Bawong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *