JomBaca di SMK Bawong, Sg Siput, Perak – Day 1

Sekali lagi di kawasan yang takde traffic jam di pagi hari. Cuma 30 minit perjalanan bertemankan ladang sawit.

Hari ini 27hb Mac 2017 program JomBaca di SMK Bawong bermula. Seperti program-program yang lepas, JomBaca akan berlangsung selama 20 hari. Program ini dijalankan selepas perbincangan yang diadakan pada Disember yang lepas. SMK Bawong terletak di daerah Sungai Siput, Perak.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong merupakan sekolah menengah harian pertama untuk pelajar Orang Asli di Malaysia dan mempunyai kelengkapan asrama. Seramai 7 orang guru terlibat pada program kali ini.

Beberapa orang guru dipilih untuk belajar teknik membaca menggunakan sistem i-Sina dan akan ikuti program ini selama 20 hari bagi membolehkan proses ‘technology transfer’ dijalankan di sekolah ini.

Proses ini membolehkan kesinambungan program ini diteruskan di sekolah ini selepas team JomBaca i-SINA pulang kerana pasti akan ada murid baru masuk ke sekolah ini mengalami masalah tak boleh membaca dan menulis dengan baik mengikut tahap sepatutnya.

JomBaca SMK Bawong

JomBaca SMK Bawong

JomBaca SMK Bawong

JomBaca SMK Bawong

JomBaca SMK Bawong

JomBaca SMK Bawong

Bila berjumpa dengan guru-guru yang bersemangat, kita yang mengajar pun jadi semangat. Secara peribadi aku sedikit lega sebab negara ini masih ada guru seperti ini.

Sebab bila berjumpa cikgu-cikgu sekolah samada kawan-kawan sendiri mahupun tidak, rata-rata kelihatan letih dengan kerja yang bertimpa-timpa dan tak berkait dengan pengajaran.

Bilalah sistem pendidikan nak membenarkan guru kembali fokus sepenuhnya kepada pengajaran dalam kelas? Dulu ada ura-ura akan wujudkan jawatan pembantu guru dan sebagainya untuk ambil alih tugas pengurusan. Apa jadi dengan idea tu?
#jombaca

JomBaca SMK Bawong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.