JomBaca di SMK Bawong, Sg Siput, Perak – Day 0

26 Mac 2017

Bukan kali pertama kerja ini tetap diteruskan walaupun dana tidak menentu. Dalam banyak waktu, peluang untuk membantu mengatasi keadaan kewangan yang ada kerana peluang seperti ini tidak datang selalu. Ini sebabnya aku addicted dengan program ni. Semacam ada ‘adrenaline rush’ menunggu. Entah apa keadaan pelajar yang akan ditemui esok buat kali pertama.
Oh hoiiii….. team #jombaca ke Perak.

 


Blog post berkenaan tajuk JomBaca di SMK Bawong ini diambil daripada post yang saya muatnaik di Facebook sepanjang program. Tujuan mengumpulkannya disini untuk memudahkan carian dan dokumentasi.


JomBaca adalah satu program berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan yang membantu pelajar-pelajar sekolah untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik. Pada asalnya, JomBaca dijalankan pada musim cuti sekolah yang panjang dan mampu membantu majoriti (80 hingga 90%) murid-murid yang belum mahir membaca untuk menguasai kemahiran membaca dalam masa yang sangat singkat.

Namun hari ini JomBaca telah dilaksanakan pada pada hari-hari biasa; bukan hanya pada waktu cuti sekolah. Biasanya program JomBaca hanya mengambil masa selama 20 hingga 30 hari. Kebanyakan kanak-kanak yang menyertai JomBaca adalah dari kalangan keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan dan segala yuran dan kelengkapan mereka semasa program dibiayai oleh organisasi yang prihatin.

JomBaca Cuti Sekolah biasanya mensasarkan 100 hingga 200 orang murid, kini mampu untuk membantu sehingga 600 orang murid dalam satu program. JomBaca Cuti Sekolah juga mempunyai banyak kelebihan kerana ianya tidak mengganggu perjalanan sesi persekolahan yang sedia ada dan dapat mengisi masa lapang murid-murid semasa cuti sekolah yang panjang.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 019-222 4588 / latifi70@gmail.com (En. Latifi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.