JomBaca di SMK Bawong – Hadiah Buku

JomBaca di SMK Bawong – Hadiah Buku

21 April 2017

Telah saya niatkan semasa minggu pertama program #jombaca di SMK Bawong untuk hadiahkan buku tulisan Sdr Khairul Hakimin Muhammad ini kepada pelajar yang paling laju progress didalam program JomBaca i-SINA.

Ago Goyel antara pelajar yang laju tamat program membaca hingga mampu membaca suratkhabar dan membuat modul. Sempat juga saya mencari beliau di padang semasa hari sukan sekolah sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur. Semoga beliau memperolehi semangat dan inspirasi seperti Leman dalam buku ini.

Sempat saya catatkan kata-kata di muka pertama: “Semoga berjaya mencari Bintang Al-Nilam kamu nanti”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *