Sejarah Lagu Fatwa Pujangga

Sejarah Lagu Fatwa Pujangga

Kredit foto AkuLangit

 

Sangat menarik kisah disebalik lagu Fatwa Pujangga. Lagu hasil ciptaan S. Effendi / S. Affendi yang dilahirkan pada tahun 1925 ini telah dinyanyikan semula oleh ramai penyanyi. Antaranya ialah Aishah, Victor Hutabarat dan ramai lagi. Generasi baru yang menyanyikan semula lagu ini yang saya dapati menarik untuk kita dengari ialah Arai dari filem Sang Pemimpi dan Khai Bahar / Kucai di aplikasi Smule.

Ada dua versi kisah disebalik penciptaan lagu ini. Kedua-duanya saya baca di komen YouTube dan saya rasa amat rugi untuk tidak kongsikannya.
Versi pertama diceritakan oleh sdr Asri Amran aitu S. Effendi selalu sahaja menerima surat daripada peminat misteri ini tetapi dalam surat tidak dinyatakan nama pengirim dan alamat. S. Effendi teringin benar nak tahu siapa gerangan gads ini sehingga tercipta lagu ini. Sehingga beliau meninggal dunia, gadis ini kekal misteri. Kisah ini diberitahu sendiri oleh S.Effendi kepada penyanyi Eddy Silitonga yang telah menceritakan kisah ini semasa konsert nostalgia Jamal Abdillah bersama Pak Eddy Silitonga dua tahun yang lalu.

Versi kedua diceritakan oleh sdr Ahmad Nordin:
“Dari apa yang saya dengar, surat yang diceritakan dalam lagu ini bukanlah surat dari gadis yang mencintai S.Effendi tapi memang surat dari adiknya sendiri. Ceritanya begini, Di zaman awal kemerdekaan Indonesia keadaan politiknya belum stabil dan munculnya kumpulan-kumpulan yang tak sehaluan dengan pemerintah. Adik kepada S.Effendi menganggotai salah satu dari kumpulan tersebut dan mereka menjadi buruan kerajaan. Rasa rindu yang teramat sangat kepada keluarga mendorong adiknya itu menulis surat itu kepada abangnya. Bimbang diburu pihak berkuasa, adiknya tidak menyertakan alamat dalam surat tersebut. S.Effendi menciptakan lagu tersebut khas untuk adiknya iaitu apabila lagu itu berkumandang di radio dan didengari oleh adiknya, adiknya pasti faham yang surat yang dikirimnya itu telah sampai ketangan abangnya. Saya mendengar cerita ini dari orang juga. Untuk kepastian sekiranya ada keluarga S. Effendi yang membaca cerita ini mungkin mereka lebih tahu dan boleh kongsikan kisah sebenar”
Kalau dilihat lirik lagu, antara bahagian yang biasanya diubah ialah “Moga lah Bang/Dik kau tak putus asa, sayang” mengikut penyanyi. Kalau perempuan akan gunakan ‘bang’ dan kalau lelaki akan gunakan ‘dik’.

Versi asal S. Affendi: https://www.youtube.com/watch?v=uLC3fUZZEn0

Versi Arai dari filem Sang Pemimpi:

Nyanyian semula oleh penyanyi Aishah dari Malaysia:

T’lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjung dan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan mada fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu yang itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak pernah bersua, sayang
Cukup sudah tandamu setia

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risau hati
kan kualamatkan

Terimalah jawabanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Dek kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan berjumpa

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
kan kualamatkan

Terimalah jawabanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Dek kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan berjumpa
Pasti kelak kita kan berjumpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *