Lirik Lagu Kasawari: Rahsia Sebalik Rahsia

Ada rahsia sebalik rahsia

Ketika bahagia kembara

Mengarang detik waktu dan persamaan

Di kala aku pasrah kepadamu

 

Aku penghuni di ambang sepi

Ingin mencurah isi hati

Engkau kekasih sudilah menerima

Harga budiman sedikit nilainya

 

Cinta kita bukan hanya kerna paras dan rupa

Kerna rahsia sebalik rahsia

Dari mata kau jelma

Di hati tak pernah hilang

Asyik mengingatimu

Siang bertemu siang

Malam berkembar fajar seiringan

 

Setiap lembaran itu ku tatap berulangkali

Untuk mengenalimu sepenuh jiwaku

Setelah lama kutunggu dan kini di hadapanku

Ternyata bukan suatu igauan mata

 

Segala warna cinta dulu kau jadikan bekalan

Untuk hidup berdua haruslah setia

Kau undangkan bahagia agar aku tidur lena

Moga masyhur asmara cinta kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *