KISAH SEPATU BARU – Bahagian 1

KISAH SEPATU BARU – Bahagian 1

Esok ada lawatan pelajar #kelasrakyat ke sebuah universiti. Para pelajar sudah diberi surat untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa dan hampir kesemuanya sudah pun memulangkan borang pada hari Rabu yang lalu.

Tadi saya menerima mesej daripada ibu kepada seorang pelajar:

“Cikgu, boleh tak pakai kasut macam ini?”
Boleh. Cantiknya kasut.
“Kalau murah lah, cikgu”
Baru nak beli? Tak payah lah. Pakai je kasut sekolah
“Tu lah, cikgu. Pening saya dibuatnya. Kasut tu dah la harganya 70 ringgit”

Beritahu dia, saya taknak bawa dia esok jika dia beli kasut baru. Kawan-kawan semua pakai kasut yang ada. Tak payah membazir
“Merajuk pula dia cikgu. Duit yang ada ni cukup untuk belanja dapur sampai hujung bulan aje” (sedih dengar jumlah yang disebut sebab ia sekali isi minyak kereta tak cukup full tank pun)
Takpe, saya call dan bercakap dengan dia sekejap.

Trutttt….truttt…”assalammualaikum cikgu”
Sayang ada kat mana ni?
“kat pasar malam, cikgu”
Tak payah lah beli kasut tu. Mahal sangat. Kesian kat mak. Nanti mak takde duit nak beli makanan.
“Alah cikgu, tapi kasut tu cantik. Kalau saya beli kasut harga 10 ringgit, boleh?”
Kasut sekolah dah basuh kan? Pakai kasut sekolah aje lah ok. Tak payah membazir. Nanti tahun depan kalau ada rezeki beli baju raya lagi, nanti boleh beli kasut
“Oklah cikgu, saya tak beli”
Ok macam itulah budak baik. Kita jumpa esok, ok.

Cabaran miskin di bandar ialah disekeliling ditayangkan kemewahan. Di papan tanda, di televisyen, di suratkhabar, persekitaran. Terperangkap didalam arus kemodenan yang laju meninggalkan mereka yang tak sempat mengejar dan hanya mampu menelan air liur sahaja melihat segala kecantikan dan keindahan yang dipaparkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *