Cerita 4: Kereta Apa?

Cerita 4: Kereta Apa?

Ketika memandu pulang dari Kidzania melalui terowong Sg Penchala, petugas lebuhraya memberi isyarat supaya jangan memasuki laluan paling kanan. Pelajar-pelajar dalam kereta pun riuh meneka apa berlaku. Rupanya sebuah kereta mewah rosak disitu.

Mereka pun pantas membuat pelbagai komen mengenai situasi tersebut. Saya bertanya kepada mereka:

Jika korang dah besar dan sudah ada kerja yang bagus, kereta apa korang nak beli?

“Kancil je, cikgu. Jimat. Kancil ok. Kalau dapat Myvi pun ok juga”

“Baik beli van. Ramai boleh naik”
*pelajar ini ramai adik-beradik*

Taknak beli Ferrari ke macam kereta tadi?

“Taknaklah cikgu, nanti berlagak”

Pulak :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *