Food Truck Baru Taman Cahaya Indah, Ampang, Selangor

Food Truck Baru Taman Cahaya Indah, Ampang, Selangor

Semalam share review pasal food truck baru buka di corner Jalan Pandan Cahaya 1/1, Taman Cahaya Indah, Ampang, Selangor tak jauh daripada ofis Projek Iqra’. Ramai yang bertanya lokasi sebenar food truck ini. Sherrina kongsikan disini.

Brader ni sgt minat nak berniaga tetapi hantar kertas kerja kesana kemari mohon bantuan perniagaan tetapi gagal.

Dah tak tahan lagi dengan kerja makan gaji, dia mohon loan dgn agensi kewangan swasta. Beli lori ni dan berniaga. Bagus orangnya. Lepas makan, dia tanya pelanggan feedback masakan dia.

Berpadanan sangat dengan nilai yang dibayar. Nanti nak try menu lain pula.

Food Truck RM5 Taman Cahaya Food Truck RM5 Taman Cahaya Food Truck RM5 Taman Cahaya Food Truck RM5 Taman Cahaya

Clue lokasi sangat mudah: Ada rumah loji di corner itu. Kalau waktu malam ada aunty India jual bunga dan uncle Cina jual suratkhabar. Brader Melayu buka food truck jual western food RM5. Muhibbah kan 🙂

Waktu operasi ialah 6pm ke 12 tengah malam.

1 Comment


Leave a Reply to Taukeh Pemanggang Ajaib Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *