Food Review: Fuel Shack @ KLCC

Apa itu Fuel Shack? Secara umumnya sejenis burger bakar lah. Agak pelik juga jumpa burger bakar dalam KLCC tapi bila baca banyak review positif, moh le kita cuba.

 

Fuel Shack KLCC

 Hamek kau….memang sedap bebeno le gamaknya. Gila panjang beratur woi! Apa nak buat….beratur ajelah.

Fuel Shack KLCC Selepas setengah jam berdiri…..fuhhhhh ini rupanya. Fresh dimasak didepan mata. Jenuh juga mereka menyediakan beratus biji burger kot tiap hari. Rasanya? Memang marbeles lah! Patutlah orang sanggup beratur panjang. Harga set dengan french fries dan air ialah belas ringgit.

Fuel Shack KLCC French fries pun sodapppp. Kalau teringin nak pegi, kena cari bukan time yang peak hours lah. Atau pi outlet yang tak ramai sangat orang (ada ke?). Selain di KLCC, ada juga di Low Yatt dan Putrajaya.

Ni yang aku menyampah tulis food review. Dah telan telan air liur dah ni. Fuel Shack satuuuuuuuu


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *