Program Jom Baca di PPR Seri Cempaka – Bahagian 1

Sebaik bermula cuti sekolah bulan Novmber 2014, Sherrina kerap mengikuti perjalanan program Jom Baca yang dijalankan oleh Akademi i-Sina ini di PPR Seri Cempaka. Tujuannya supaya Sherrina dapat memahami dan melihat sendiri proses program ini dijalankan disamping memahami karekter kanak-kanak disini kerana Projek Iqra’ mempunyai perancangan untuk menjalankan Kelas Rakyat dsini.

Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 

Pada hari pertama pendaftaran program, Sherrina telah belajar ilmu baru. Ilmu MLM. Kawan ajak kawan. Kanak-kanak yang hadir akan diminta memanggil kawan lain yang mereka kenal untuk turun ke dewan supaya ujian membaca dapat dijalankan. Pada hari pertama, hanya 20 orang pelajar dapat didaftarkan. Menjelang seminggu, sudah mencecah 80 orang pelajar dari usia 7 tahun hingga 14 tahun telah didiagnos dan dikenalpasti mempunyai masalah membaca dengan baik. Selama 20 hari ini, mereka diajarkan secara pendekatan ‘one to one’ dengan 5 orang guru Akademi i-Sina yang bertugas disini  Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 2 Kelas dibahagikan kepada dua sesi. Sesi A mulai jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi dan Sesi B mulai 11 pagi hingga 12.30 tengahari. Selama sejam setengah ini mereka akan dipanggil seorang demi seorang untuk belajar dengan salah seorang guru dan selepas itu, mereka akan diberi tugasan menulis.  Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 3 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 4 Pada mulanya agak sukar untuk memancing budak-budak ini untuk hadir ke kelas. Namun apabila mereka tahu ada makanan disediakan, mereka rajin mengikuti kelas. Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 5

 

Setiap pelajar dikehendaki menghadiri satu sesi di sebelah pagi dan satu sesi di sebelah petang. Hampir kesemua pelajar berjaya mengikuti program dengan baik. Hanya segelintir pelajar yang gagal hadir setiap kelas dengan pelbagai alasan seperti balik kampung dan lain-lain.Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 7

Sebelum mengikuti program ini, Sherrina kurang percaya masih ada murid di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini yang belum fasih membaca. Setelah melihat dan cuba sendiri sistem saringan, ramai yang sangkut. Rupanya sistem menguji kefasihan membaca pun ada struktur khas untuk ketahui dimana tahap mereka berada.

 

Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 8  Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 9 Ini adalah salah satu cabaran mengadakan program kerana adanya tarikan cybercafe didepan dewan sahajaJom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 10 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 11 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 12 Alhamdulillah, sambutan disini sangat luar biasa. Seramai hampir 80 orang pelajar dari usia 7 tahun hingga 14 tahun mengikuti program ini setiap hari selama 20  hari.

Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 13

Hanya guru pakar sahaja dibenarkan mengajar. Sukarelawan hanya boleh bantu kerja asas sahaja. Ini kerana teknik yang digunakan disini sama sekali tidak sama seperti yang Sherrina biasa lihat di tadika dulu. Memang berbeza. Tetapi bagusnya, ia cepat. Dalam masa 20 hari insya’ Allah pelajar boleh mahir membaca.

Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 14 Ada yang terpaksa membawa adik ke program ini kerana tiada siapa yang menjaga adik di rumah.

 

 

Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 15 Pelajar akan diajar dalam sesi one to one selama 10 ke 15 minit sebelum diberi latihan untuk memantapkan kemahiran mereka.Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 19 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 20 Ada juga pelajar yang terpaksa menyertai hanya satu sesi kerana bekerja di sebelah pagi. Pelajar ini berusia 14 tahun mengambil upah menghantar tong gas ke rumah-rumah semasa cuti sekolah.Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 21 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 22 Makanan menjadi tarikan disini. Ramai dikalangan pelajar disini akan berlegar di sekitar dewan semasa waktu rehat makan tengahari. Bila ditanya, mereka tidak pulang makan tengahari di rumah kerana tiada sesiapa di rumah. Melalui sumbangan orang ramai, makanan disediakan untuk mereka.  Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 23

 

Satu lagi insentif yang ditawarkan untuk mengalakkan semua pelajar hadir kelas tanpa gagal selama 20 hari ialah program lawatan ke Kidzania. Sebaik sahaja diumumkan, kehadiran melonjak naik kerana rata-rata tidak pernah dan tidak mampu untuk ke Kidzania. Tajaan ini disumbangkan oleh orang ramai melalui usaha Puan Nor Hayati Ab Hamid yang telah mendapatkan kerjasama Kidzania untuk memberikan harga CSR bagi pelajar-pelajar program Jom Baca ini.

Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 24 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 30 Ramai penderma budiman mendermakan wang untuk pihak pengurusan program Jom Baca membelikan makanan untuk kanak-kanak ini setiap hari. Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 31 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 32 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 33 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 34 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 35 Saudara Navin daripada Wilra Malaysia melawat lokasi program dan bermesra dengan pelajar-pelajar disini. Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 36 Pengetua Akademi i-Sina iaitu Puan Rahmalizah Ali bertukar-tukar pendapat dengan saudara Navin yang juga aktif di sektor pendidikan. Kepakaran beliau ialah literasi kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *