Majlis Makan Malam MAIWP 2014

Sherrina telah dijemput ke Majlis Makan Malam Bersama Media anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Dewan Merak Kayangan pada 8 Disember yang lalu. Alhamdulillah, semenjak berhubung dengan Baitulmal Wilayah Persekutuan melalui Facebook, sungguh mudah proses nak melaporkan kes-kes yang dijumpai. Antara bantuan yang Baitulmal Wilayah Persekutuan permudahkan ialah proses mendapatkan bantuan pendidikan untuk dua pelajar Baitul Ehsan yang melanjutkan pelajaran ke kolej Butter & Olive dalam bidang kulinari. Permohonan mereka melalui kolej tersangkut agak lama. Sherrina mengambil inisiatif menghubungi Baitulmal Wilayah Persekutuan melalui Facebook Baitulmal MAIWP untuk memeriksa status permohonan dan alhamdulillah, masalah yang timbul berjaya selesai dalam beberapa minggu sahaja.

Majlis Makan Malam MAIWP 1  Dalam majlis ini Sherrina ingat dijemput untuk memeriahkan suasana bersama pengamal media yang lain. Rupanya ada udang sebalik megi.

Majlis Makan Malam MAIWP 1 Ketika sampai dan telah mendaftarkan nama, Sherrina dan kawan Qaseh Su duduklah di meja media dan berbual sementara menunggu majlis bermula. Sedang kami asyik berbual, tiba-tiba petugas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyapa kami dan meminta kami duduk di meja Penerima Anugerah. Terpinga-pinga dibuatnya. Rupanya kami telah dipilih untuk menerima Anugerah Masyarakat Prihatin yang akan disampaikan di majlis ini. Terkejut sungguh kami! Patutlah beria-ia mereka menghubungi dan confirmkan kehadiran kami. Surprise sungguh lah!

Majlis Makan Malam MAIWP 1 Majlis bermula dengan bacaan doa dan ucapan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Majlis Makan Malam MAIWP 1 Sherrina dan Qaseh Su bergambar sebelum dipanggil ke pentas menerima anugerah.

Majlis Makan Malam MAIWP 1 Anugerah ini bukan sahaja untuk Sherrina tetapi juga untuk seluruh warga kerja Projek Iqra‘.

Majlis Makan Malam MAIWP 1 Selain Sherrina dan Qaseh Su, dua orang rakan NGO turut menerima penghargaan yang sama iaitu Hayati Ismail yang terkenal dengan projek Freemarket dan Aminuddin Abd Kadir daripada Religion of Love (ROL)

Majlis Makan Malam MAIWP6


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *