Program Jom Baca di PPR Seri Cempaka : Bahagian 2

Sherrina menerima mesej ini daripada pengetua Akademi i-Sina yang menceritakan kembali kejadian semasa program Jom Baca sedang berlangsung:

“Just now ada a lil boy nak pinjam color pencils.. (we have 5 sets, in case they dont bring their own sets). My teacher said… esok bawak color awak ye..

Then the boy next to him said..
Cikgu,.. dia mana ada pensil color. Ayah dia dalam penjara,… mak dia pun dalam penjara. Dia tumpang rumah saudara dia… “

Sherrina kongsikan cerita itu di Facebook dan ramai menyatakan simpati dan ingin membantu. Ada yang mencadangkan agar dibelikan pensel warna sebagai hadiah. Sherrina pun berbincang dengan pengetua dan beliau bersetuju kerana memang tiada hadiah pun pada ketika itu untuk diberi semasa majlis penutup program. Sherrina pun memaklumkan idea ini di Facebook dan mendapat sambutan luar biasa. Seorang kawan, Awin Ariff memberitahu di Tesco Ampang ada promosi pensel warna. Bila Sherrina ke sana memang betul, sekotak pensel warna 24 batang berharga RM9.90 jenama Staedler Luna. Memang cukup murah! Sherrina terbayang betapa gembiranya mereka nanti mendapat pensel warna sebesar itu!

Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 16

 Alhamdulillah dalam masa beberapa hari, tajaan untuk 80 orang pelajar telah cukup. Tajaan bernilai RM20 seorang pelajar untuk sekotak pensel warna 24 batang jenama Staedtler Luna,buku mewarna dan 2 naskah komik dan buku cerita terbitan PTS dijadikan hadiah buat mereka. Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 17 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 18 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 25 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 27 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 28 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 29 Jom Baca Akademi i-Sina PPR Seri Cempaka 26 Sherrina bersyukur kerana sekumpulan pelajar tingkatan 2 telah menawarkan diri untuk membantu membalut buku-buku ini. Jutaan terima kasih kepada Aina Kamilia bt Norazlan, Nurnisa Maisarah Binti Ahmad Shahrir, Liyana Aqilah bt Abd Hamid, Nadhirah bt Abd Hamid (University Technology Petronas), Nur Shameen Amira bt Shamsuri dan Liyana Aqilah Bt Abd Hamid kerana membantu membalut hadiah-hadiah ini dengan cantik sekali.

Jom Baca Akademi i-Sina Jom Baca Akademi i-Sina Jom Baca Akademi i-Sina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *