Product Review: Groupon Self-Adhesive Whiteboard

Groupon ni amat bahaya tuan-tuan dan puan-puan. Sekali kita dah ketik, macam-macam benda nak dibeli. Haishhhh….kisahnya begini. Satu malam tu, dah jam 1 pagi pun tak leh nak tidur. Pusing kanan, pusing kiri. Akhirnya capai tablet dan buka Groupon. Scroll punya scroll, terjumpa produk ini. Self-Adhesive Whiteboard. Takyah beli whiteboard mahal-mahal yang makan space atau kena paku. Tampal je kat dinding macam wallpaper. Jadi, keesokan harinya Sherrina pun order. Harga dalam RM70+ untuk 4 roll.

Selang 2 atau 3 hari, sampailah kotak ini. Kemain panjang lagi kotaknya!

Groupon Self-Adhesive Whiteboard

Bila buka kotak Groupon, rupanya setiap roll diasingkan dalam setiap kotak. So boleh guna satu per satu tidaklah kotor.

Groupon Self-Adhesive Whiteboard 1 Nak memasangnya ke dinding pun perlu skill. Jenuh juga nak adjust sebab asyik masuk gelembung angin. Namun dengan kebijaksanaan saudara Maman Solleh, ia dapat diselesaikan dengan menggunakan…….selipar bulu! Gosok aje pada permukaan whiteboard ni semasa perlahan-lahan melekatkannya pada dinding.

Groupon Self-Adhesive Whiteboard 2 Yang ini agak menyampah. Pen marker yang diberi dalam set ni tak guna betul! Bila diconteng, susah nak padam. Jangan guna, tau!

Groupon Self-Adhesive Whiteboard 4 Sebaliknya, guna marker pen jenama Pilot ini. Untuk whiteboard. Lebih mudah padam berbanding marker pen yang diberi. Nak memadam whiteboard ni lebih mudah guna kain buruk sebab kena tonyoh lebih sikit berbanding guna pemadam di whiteboard yang keras.

Groupon Self-Adhesive Whiteboard 3 Kalau berminat nak order, boleh check disini: Groupon Self-Adhesive Whiteboard

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *