Tak sangka di tempat mewah sebegini ada food court menyediakan makanan murah. Serius! Silap-silap lagi murah dari makan di gerai bawah pokok. Dahlah suasana selesa, aircond dan bersih pula tu. Cuma masalahnya nak pergi disini agak mengelirukan. Food court di Publika Solaris Dutamas ini namanya Jom Ledang baru dibuka pada November 2014. Lokasinya terletak di Level G1 (Green Zone), Block B1. Sherrina dan kawan pun terpaksa bertanya orang untuk sampai le lokasi food court ini. Oleh itu, Sherrina kongsikan langkah demi langkah (dah macam tutorial pulak…hahaha) untuk anda yang mengunjungi Publika Solaris mencari food court ini:
STEP 1: Cari signboard ini di tingkat UG
STEP 2: Dekat signboard tu ada kiosk DiGi. Kalau ada, bermakna anda di tempat yang betul.
STEP 3: Jalan ke arah belakang kiosk DiGi ni akan ada satu eskalator turun ke bawah. Nampak kiosk DiGi dalam bulatan tu.
STEP 4: Di belakang eskalator ni ada kedai Kwik Cut dan Corporate Dry Cleaners (tiada dalam gambar)
STEP 5: Turun eskalator ke tingkat bawah. Satu tingkat sahaja. Pusing ke belakang akan nampak cermin ini bertulis Jom! The Ledang Food Court. Masuk ke area ni dan pusing kanan.
STEP 6: Jalan je terus. Memang nampak pelik dan sunyi je sebab area ni tak banyak kedai buka. Lepas pintu korang akan nampak satu pintu lagi.
STEP 7: Notis ni ada ditampal di dinding sebelah kanan bahu korang. Kalau jumpa, maknanya korang di laluan yang betul
STEP 8: Nanti korang akan jumpa pintu ni. Masuk je. Akan lalu sebelah restoran bernama Jack.
STEP 9: Kalau jumpa Jack’s Curry House di sebelah kiri bahu korang, bermaksud korang di jalan yang benar. Teruskan perjalanan. Gambar ni terbalik sebab ambil masa jalan pulang.
STEP 10: Korang akan sampai di satu area dimana di sebelah kanan ada pintu kaca. Mesti akan nampak signage ni. Terang menyala sampai pantul ke cermin di luar. Kalau tengok dalam gambar yang di hujung lorong itulah food court nya. Konsep warna warni ceria.
Kalau teringin masakan masakan western, disitu ada gerai western. Sherrina makan chicken chop ni harga promosi bulan Disember 2014 ini cuma RM10 sahaja! Minuman disini pun murah. Teh tarik RM1.80 gelas besar. Memang penuh waktu pejabat khususnya waktu makan tengahari sebab orang pejabat akan turun makan disini. Jimat. Kat atas tu restoran mahal belaka. Harap korang berjaya jumpa foodcourt The Ledang ini 🙂
Leave a Reply