Food Review: Meatball Rawang Burger Bakar

Rawang Burger Bakar Sherrina tak tahu di Rawang Burger Bakar ada membuat meatball hinggalah aritu ke sana untuk makan burger plan asalnya tapi end up pilih meatball. Oh ya, kalau korang tak tahu, Rawang Burger Bakar sudah berpindah lokasi. Dulu mereka didepan Affin Bank. Tapi kini mereka di jalan belakang Affin Bank tapi kawasan tengah. Paling tepat, dekat dengan pusat tuisyen Suria dan Restoran Shabistan.

Cuma lokasi baru ni kurang syok sebab meja disusun tepi longkang besar tu. Bau dia boleh tahan ‘harum’ juga.

Meatball ni rasanya sedap. Nampak sangat handmade sebab bentuknya pelbagai rupa. Sos lada hitam tu biasa biasa aje, kena improvise lagi.

2 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *