Free Of Charge : Tempat Mengecas Gajet di Pusat Beli-Belah

usb charger power point 1 Kali pertama Sherrina mengunjungi Mydin Seremban 2, antara kemudahan yang paling Sherrina kagum ialah ruangan ini yang dinamakan Free of Charge. Ianya ada satu sudut yang disediakan untuk para pelanggan mengecas handphone atau tablet mereka disini. Ada banyak power point disediakan disini siap dengan sofa empuk untuk kaum lelaki yang datang menemani isteri membeli-belah untuk melepak disini.

usb charger power point Yang bagus disini ialah anda cuma perlu membawa USB cable gajet anda sahaja. Cool kan! Tapi kini dengan harga powerbank semakin murah, semakin ramai pengguna mempunyai powerbank untuk mengecas gajet mereka.

Apa pun thumbs up, Mydin Seremban 2 kerana menyediakan kemudahan ini untuk keselesaan pelanggan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *