Food Review: Jom Western Aeon Big Wangsa Maju

Jom Western di Aeon Big Wangsa Maju ini adalah adik-beradik dengan Jom Bali. Disini fokus kepada western food dan steamboat. Sherrina telah mencuba beberapa menu dan berikut adalah ulasan Sherrina:

Jom Western Aeon Big Wangsa Maju

Mushroom soup dan garlic bread. Mushroom soup ni sedap sebab bukan sup buka tin Kimball. Mereka buat sendiri menggunakan cendawan.

Jom Western Aeon Big Wangsa Maju

Char Kuey Tiow disini kurang menepati tahap piawai yang Sherrina gemar. Terlebih masin dan kuantiti terlalu banyak. Boleh makan 2 orang.

 

Jom Western Aeon Big Wangsa Maju Yang ini memang power. Sagu Gula Melaka. Fuh….dah lama tak makan ni. Memang sedap dan kawan Sherrina yang cerewet makan pun memberi markah tinggi untuk dessert ini. Jika anda penggemar sagu gula melaka, boleh cuba disini.

Setakat ni yang Sherrina gemar makan disini ialah sizzling chicken chop. Sirap bandung soda disini pun sedap. Cheesy Wedges disini kurang sedap.

Jika anda gemar makanan western, boleh cuba Jom Western di Aeon Big Wangsa Maju ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *