Food Review: The Ritz Grill, Kuantan.

Food Review: The Ritz Grill, Kuantan.

Food review kali ni jauh di Kuantan kerana kebetulan Sherrina ada disana untuk beberapa kerja dan aktiviti Projek Iqra’. Kebetulan restoran The Ritz Grill ini adalah sebahagian daripada Hotel Season View dimana Sherrina dan rakan-rakan menginap.

The Ritz Kuantan3 The Ritz Grill menyediakan sajian makanan western dalam suasana yang sungguh nyaman. Kebetulan Sherrina turun ke restoran jam 3 petang. Ditemani sebuah buku, memang sangat tenang.

The Ritz Kuantan1 Selepas membelek menu, antara yang ingin dicuba kali ini ialah sup bawang atau onion soup. Apa agaknya rasa sup bawang. Ada kenangan pasal sup bawang ni. Dulu masa zaman di UTMKL, bila dapat kumpul duit lebih sikit akan naik bas ke Pasar Seni (Central Market) untuk makan di sebuah restoran makanan segera bernama Shakey’s yang menyajikan ayam goreng dan coleslaw yang sangat sedap. Menu tersebut datang bersama sup cendawan. Satu hari tu, sup cendawan habis kerana mereka kehabisan stok. Yang ada hanya ‘onion soup’. Angguk ajelah. Bila datang hamek kau….sup jernih dengan hirisan bawang berenang-renang didalamnya! Rasa nak maki aje.

Tapi jangan bimbang, ‘onion soup’ di The Ritz Grill ini memang sedap rasanya. Mesti cuba jika anda belum pernah merasa sup bawang 😀

The Ritz Kuantan2 Untuk hidangan utama macam biasalah, Sherrina mesti pilih lamb chop. Dengan harga RM25+ kalau tak silap, hidangan ini boleh dikatakan kualitinya ok lah. Harganya setanding dengan suasana restoran dan keselesaan. Brown sauce tu boleh dibaiki dan perapan lamb ni boleh dibuat lebih baik lagi.

Kesimpulannya, jika anda mencari sebuah restoran yang tenang, eksklusif dan menyajikan makanan barat pada harga mampu milik, boleh cuba The Ritz Grill yang terletak di

SEASONS VIEW HOTEL KUANTAN, PAHANG

A22, Lorong Haji Abdul Rahman 1,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *