Cuti-Cuti Di Bukit Merah Laketown Resort

Ini kali ketiga Sherrina ke Bukit Merah Laketown Resort dalam tempoh 2 tahun. Oleh itu, kali ini kami sekeluarga kesini menetap di bahagian hotel yang mana kami tidak inap sebelum ini. Sebelum ini menginap di Kampung Air. Beruntung kali ini selain ia bukan musim cuti sekolah, kami antara pelanggan terakhir sebelum bahagian hotel ini ditutup untuk ubahsuai.

Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort
Selain baju, buku juga penting. Waktu sesuai sangat untuk mula membaca dua buku baru ini.
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort1
Di salah satu R&R di Lebuhraya Utara-Selatan di Perak kalau tak silap. Kecil je R&R ini tapi ada Baskin Robbin!
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort2
Kita layan dessert tempatan aje. Cendol ni sedap! Jika singgah R&R ini, mesti cuba.
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort3
Cuaca bagus, jalanraya pun tak banyak kenderaan. Kami bertolak dari KL pada hari Jumaat jam 10 pagi.
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort4
Jangan terkejut lihat bukit bukau di tepi highway ditarah begini rupa.
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort5
Hanya setelah kali ketiga datang ke Bukit Merah Laketown Resort, baru tau ada swimming pool percuma. Bukan water themepark yang perlu dibayar tu. Ini percuma untuk yang menginap disini.
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort6
Saiznya oklah tapi kedalamannya sesuai sangat. 1.23 meter kedalamannya. Ngam-ngam paras bahu
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort7
Ada macam-macam aktiviti boleh dilakukan disini tapi kami tak buat sebab sudah semuanya dicuba dalam 2 percutian yang lalu
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort8
Kafe disini harga makanannya berpatutan
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort9
Cuti 4 hari disini dihabiskan dengan membaca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar dari mula hingga habis!
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort10
Sempat luang masa menyiapkan sedikit kerja pejabat kerana buat kerja di sini tanpa gangguan, idea mencurah berderu-deru hingga habis kerja itu.
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort11
Tak perlu memandu jauh ke Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang kerana di gerai-gerai sebelum masuk ke Bukit Merah ada sajian ini. Harganya RM10 sepinggan untuk udang 5 ekor.
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort12
Jika bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, cuba lakukan semua aktiviti yang disediakan disini
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort13
Sarapan pagi disini sedap juga. Sarapan di Lelac Cafe. Makanan pertama dicari ialah bijirin.
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort15
Kucing comel di salah satu gerai di tepi jalan sebaik lepas tol Bukit Merah
Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort16
Sebaik sampai di KL pada jam 3pm hari Isnin, kelihatan deretan bangunan mencakar langit menyambut kepulangan kami

Cerita Cinta Ahmad Ammar Percutian kali ini benar-benar percutian rehat. Makan, tidur, tonton tv, baca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar, berenang di kolam renang, makan, tidur, tonton tv, baca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar dan berenang di kolam renang. Begitulah selama 4 hari. Maka dapatlah membaca dengan lebih fokus dan habis dalam masa 4 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.