Pernah makan mee tarik? Makanan tradisi dari China ini kini boleh dinikmati di KL. Restoran Mee Tarik Warisan Asli terletak di Dang Wangi ini sangat mudah untuk dikunjungi samada melalui LRT mahupun kereta.
Parking ada seberang restoran tetapi jika hari kerja, confirm penuh. Sherrina datang hari Sabtu pagi, tak banyak kereta. RM5 sekali masuk.
Rupanya ini cawangan ke-2. Tak pasti dimana cawangan pertama.
Bersama sukarelawan Projek Iqra’ yang membantu menguruskan pasukan futsal semasa pertandingan Futsal Piala Kindness yang lalu.
Menu yang Sherrina pilih. Lupa dah namanya. Macam mee sup tapi pedas dan kenyal
Ini sate kambing. Gigihlah pekerja mereka cucuk daging kambing ke lidi kecil begini. Rasanya memang sedap!
Mee tarik ni memang berbeza dengan mee kuning yang biasa kita makan kerana ia tiada rasa bahan kimia dan lebih kenyal, lebih mengenyangkan.
Close-up sate kambing. Sedap sedap sedap tapi harganya pun agak mahal. Maklumlah, daging kambing
Jika ikut selera Sherrina, takleh masuk mee tarik ni sebab rasa muak.
Ini lauk ayam masak sweet sour. Oklah sedap cuma rasa pelik je ratah takde nasi. Hahahaha
Ia dibuka mulai 10.30 pagi. Cubalah, mungkin korang suka dengan mee tarik ini. Jangan risau, ianya halal kerana dimasak oleh tukang masak dari China beragama Islam. Chinese Muslim.
Sherry….cawangan utama dekat dengan Sg. Besi….dekat ng area LRT Sg Besi
Oooo ye ke. La ni dah buka cawangan ke 3 di Danau Kota pula
mee tarik ni mee yg dibuat sendiri ker? cam mee sanggul?
Ya mereka buat disitu. Boleh nampak proses mereka menarik-narik mee tu. Macam mee kuning tapi kenyal.