Food Review: Mee Tarik Warisan Asli

Mee Tarik Warisan AsliPernah makan mee tarik? Makanan tradisi dari China ini kini boleh dinikmati di KL. Restoran Mee Tarik Warisan Asli terletak di Dang Wangi ini sangat mudah untuk dikunjungi samada melalui LRT mahupun kereta.

Parking depan Mee Tarik Warisan Asli Parking ada seberang restoran tetapi jika hari kerja, confirm penuh. Sherrina datang hari Sabtu pagi, tak banyak kereta. RM5 sekali masuk.

Mee Tarik Warisan Asli Rupanya ini cawangan ke-2. Tak pasti dimana cawangan pertama.

Mee Tarik Warisan Asli3 Bersama sukarelawan Projek Iqra’ yang membantu menguruskan pasukan futsal semasa pertandingan Futsal Piala Kindness yang lalu.

Mee Tarik Warisan Asli Menu yang Sherrina pilih. Lupa dah namanya. Macam mee sup tapi pedas dan kenyal

Mee Tarik Warisan Asli

Ini sate kambing. Gigihlah pekerja mereka cucuk daging kambing ke lidi kecil begini. Rasanya memang sedap!

Mee Tarik Warisan Asli Mee tarik ni memang berbeza dengan mee kuning yang biasa kita makan kerana ia tiada rasa bahan kimia dan lebih kenyal, lebih mengenyangkan.

Mee Tarik Warisan Asli Close-up sate kambing. Sedap sedap sedap tapi harganya pun agak mahal. Maklumlah, daging kambing

Mee Tarik Warisan Asli Jika ikut selera Sherrina, takleh masuk mee tarik ni sebab rasa muak.

Mee Tarik Warisan Asli Ini lauk ayam masak sweet sour. Oklah sedap cuma rasa pelik je ratah takde nasi. Hahahaha

Peta-Mee-Tarik-Warisan-Dang-Wangi-KL Ia dibuka mulai 10.30 pagi. Cubalah, mungkin korang suka dengan mee tarik ini. Jangan risau, ianya halal kerana dimasak oleh tukang masak dari China beragama Islam. Chinese Muslim.

4 Comments


Leave a Reply to shimi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *